Isnin, April 04, 2016

Keengganan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan puterinya, Nurul Izzah Anwar menurunkan tandatangan dalam deklarasi baru - bari ini menarik perhatian ramai pihak.

Bagi mereka, ahli keluarga Si Ketua Penipu tu masih belum memaafkan Tun Mahathir meskipun Mantan Perdana Menteri itu kini Ketua Permuafakan dikalangan puak Pakatan Haprak tu.

Mungkin kerana masih tersisa dendam kesumat yang terbuku dihati membuatkan Wan Azizah serta Nurul Izzah masih lagi enggan menerima hakikat bahawa Tun Mahathir kini telah menggantikan Si Ketua Penipu tu.
“Kita boleh tengok, Wan Azizah dan semua anak-anaknya dikatakan langsung tidak ambil peduli untuk menandatangani deklarasi berkenaan,” kata mereka.
Dalam perhimpunan yang diadakan baru - baru ini, mereka kata dokumen deklarasi itu memerlukan SATU JUTA tandatangan dan meminta orang-ramai supaya turut serta jika mahukan perubahan.

Namun malangnya, desakan yang dibuat itu sedikit pun tidak mampu untuk mengubah pendirian keluarga Si Ketua Penipu tu sehingga ianya mula menjadi pertikaian oleh semua pihak.
“Tidak perlulah rasanya diungkit lagi peristiwa 1998-1999 dulu. Mahathir sudah menjangkau usia lebih 90 tahun. Dalam penghujung usia emas seperti itu, penulis yakin beliau juga mengharapkan agar Wan Azizah dan anak-anak memaafkannya,” jelas mereka lagi
Seperti yang kita ketahui, Si Ketua Penipu tu sekarang ni sedang menjalani hukuman penjara kerana didapati bersalah oleh pihak Mahkamah di atas tuduhan meliwat Bekas Pembantu Peribadinya. 

Ianya merupakan kali kedua Si Ketua Penipu tu dituduh melakukan kesalahan tersebut yang sehingga ke hari ini masih lagi dianggap oleh para pengikutnya sebagai satu tuduhan 'Konspirasi Politik'.

Pertama kali Si Ketua Penipu tu dituduh terlibat dalam gejala Seks Songsang ini adalah pada tahun 1998, ketika Tun Mahathir masih lagi memegang jawatan sebagai Perdana Menteri. 

Tuduhan itu menyaksikan Si Ketua Penipu tu disabitkan dengan kesalahan dan dijatuhkan hukuman penjara sembilan tahun. Mahkamah Persekutuan terbalikkan keputusan itu pada 2004.

Walaubagaimana pun, Pakatan Haprak tu sendiri berkata, soal nak memaafkan dosa Tun Mahathir perlu dilihat berasingan dan tidak perlu dicampur adukkan dengan sentimen peribadi.

Ketua Whip PKR berkata partinya mengambil pendirian untuk memberikan fokus kepada isu yang lebih mendesak dan bukan hanya tertumpu kepada isu pembebasan Si Ketua Penipu tu semata - mata.

Manakala Si Hanipa Maidin pula mengingatkan bahawa Presiden parti Kuali tu pun pernah dipenjarakan dan Si Ketua Penipu tu pun pernah menyusahkan pembangkang semasa dia pegang jawatan.

Tapi nampak gayanya, keluarga Si Ketua Penipu tu lebih mendahulukan dendam kesumat mereka dari nak mendengar rasionalisasi yang diberikan oleh orang lain. Maka sebab itu diorang tetap juga mahu isu pembebasan Si Peliwat tu menjadi fokus utama!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping