Isnin, April 11, 2016

 
Nampak gayanya kemelut kepimpinan yang melanda Parti Keluarga Rosak tu dah masuk ke tahap yang cukup kritikal apabila kedudukan Si Wan Azizah tu sekarang dilaporkan mula tergugat.

Ianya berikutan pendedahan dari satu sumber dalaman PKR yang menyatakan bahawa wujud rundingan untuk membawa kembali Ezam Mohd Noor bagi menyelamatkan Wan Azizah.

Tindakan itu katanya perlu diambil memandangkan kedudukan Azmin yang dilihat semakin dominan dan mula menguasai parti menjadi satu ancaman terbuka kepada kedudukan Wan Azizah.
Nafsu dan ke-Ghairah-an Azmin mahu merampas jawatan Wan Azizah dilihat mula menjadi ketara selepas dia menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Selangor dan kembali rapat dengan Tun Mahathir.

Namun, bagi pihak PKR, desas desus mengenai perkara itu cuba untuk dinafikan bagi mengaburi mata rakyat agar mereka tidak melihat kepincangan didalam kepimpinan PKR itu sendiri.

Setiausaha Agung PKR hari ini dilihat cuba menafikan dakwaan wujudnya usaha untuk membawa masuk kembali ke pangkuan PKR bagi membantu mengukuhkan kedudukan Wan Azizah.
"Tidak benar. Saya tidak ada apa-apa maklumat dan tidak pernah dengar," jawabnya ringkas kepada Sinar Online hari ini.
Walaubagaimana pun, soal sama ada Si Rafizi tu ada maklumat atau belum dimaklumkan mengenai Ezam tidak membawa sebarang makna yang signifikan kepada apa yang menjadi isu utamanya.

Yang menjadi persoalannya pada ketika ini ialah kedudukan Wan Azizah sebagai Presiden parti yang mula dilihat semakin terancam dengan kebangkitan Azmin selaku Timbalan Presiden.

Perbalahan serta perebutan kuasa yang berlaku diantara Azmin dan Wan Azizah itu yang menjadi perbualan utama dikalangan rakyat terutamanya dikalangan ahli PKR sendiri ketika ini.

Bagi mereka, ianya adalah satu perkara yang BODOH sekiranya Rafizi cuba nak mengaburi mata rakyat dan menafikan kemelut kepimpinan dalam parti itu secara terbuka semata - mata. Apa yang pasti, dia sekarang cuba nak tutup Pekung yang dah terdedah!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping