Khamis, April 14, 2016

Nampak gayanya kem Wan Azizah terpaksa mengubah taktik selepas usaha mereka untuk memujuk Ezam Mohd Noor kembali ke pangkuan PKR menemui jalan buntu baru - baru ini.

Dari beberapa sumber mendedahkan, hasrat untuk mengheret semula Ezam timbul apabila pengaruh dan dominasi Azmin Ali dalam PKR pada ketika ini dilihat mula bertambah semakin kuat.

Nak pulak selepas Azmin dilihat mula mendapat sokongan dari Tun Mahathir melalui deklarasi yang diadakan baru - baru ini. Azmin dikatakan telah menggunakan peluang itu untuk kepentingan dirinya sendiri.

Bahkan sehingga tahap dia sanggup melangkaui pendirian dan ketetapan yang dibuat oleh pucuk pimpinan parti yang diterajui oleh PKR untuk menolak sebarang kerjasama dengan Tun Mahathir.

Pucuk pimpinan PKR sebelum ini tetap menegaskan bahawa sekiranya kerjasama itu mahu diteruskan, maka asas kepada perjuangan untuk membebaskan Si Ketua Penipu tu perlu diutamakan.

Namun malangnya, pendirian yang dibuat oleh pucuk pimpinan PKR tu tidak lansung dipedulikan oleh Tun Mahathir yang hanya mahu menjatuhkan Perdana Menteri dan tidak mengiktiraf tuntutan yang dibuat.

Maka terpaksa la pucuk pimpinan PKR yang diketuai oleh Wan Azizah tampil mempertikaikan tindakan Tun Mahathir yang jelas enggan mengakui kesilapannya terhadap Si Ketua Penipu tu.

Wan Azizah dalam satu kenyataan yang dibuat jelas menyatakan kekesalan terhadap keputusan Mantan Perdana Menteri itu yang tetap menyerang Si Ketua Penipu tu melalui media.
"Saya kesal Dr Mahathir memilih untuk terus meluahkan dendam dan racun ke atas Anwar Ibrahim. Ini berterusan walaupun kemurahan hati Anwar dalam mengampuni keterlaluan tindakan Mahathir sebelum ini.
"Tetapi apabila beliau memilih untuk mengulangi serangan keji kepada Anwar menggunakan institusi sama yang dipilihnya untuk menyerang, saya berfikir bahawa ini tidak boleh diterima," katanya melalui halaman Facebook, gerakan Bebas Anwar.
Terdahulu, Tun Mahathir dalam satu temu - bual bersama akhbar The Australian mendakwa Si Ketua Penipu tu sudah terlalu tua untuk menjadi perdana menteri yang seterusnya.

Malah Bekas Perdana Menteri itu juga tetap berpegang teguh dengan keputusannya untuk memecat bekas timbalannya pada tahun 1998 dan mendakwa Si Ketua Penipu tu sebagai "Tidak Bermoral."

Terkesan dengan dakwaan itu, Wan Azizah berkata suaminya bukan hanya berjuang untuk cita-cita peribadinya dan menjadi Perdana Menteri. Sebaliknya, dia mahu menuntut reformasi dalam pentadbiran negara.

Dari satu sudut, tindakan Wan Azizah mempertikaikan kenyataan Tun Mahathir itu adalah sebagai satu sindiran kepada kartel Azmin yang kini dilihat semakin taksub dengan Mantan Perdana Menteri itu.

Pokok pangkalnya, kepincangan yang sedang berlaku dikalangan pimpinan PKR hari ini memang dapat dilihat secara terang - terangan walaupun ianya cuba disorok didalam kain Wan Azizah. Masing - masing beramuk berebut jawatan, Tun Mahathir jugak yang jadi mangsanya!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. tun dn anwar blh undur dr politik negara...dok diam2...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping