Khamis, April 14, 2016

Kira mudahnya gini je la. Ada sorang kawan dengar cerita dari kawan dia kata Si Tony Puaka ni 'Kaki Betina'. Maka itulah yang diulang - ulang dalam setiap kali berjumpa dengan orang.

Soalnya, boleh ke Si Tony Puaka tu marah bila ada orang percaya yang dia 'Kaki Betina' sedangkan cerita tu hanya disampaikan oleh seorang kawan yang pernah dengar cerita kawan dia?

Kalau kita tak boleh percaya dengan cerita macam tu, macam mana pulak kita nak percaya cerita Si Tony Puaka ni yang mendengar cerita dari seorang kawan yang disampaikan oleh kawan dia?

Setakat buat cerita atas cerita, semua orang pun boleh buat. Sekarang, bila dia dah kena saman, baru la dia menggelupor biawak nak cari bahan bukti untuk membenarkan cerita yang dia dengar dari kawan dia yang disampaikan oleh kawan dia tu!!!
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pada Rabu diberitahu bahawa anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee hanya bergantung kepada bukti dengar cakap dalam afidavitnya berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun, yang mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhujah bahawa bukti itu terkandung dalam dua perenggan afidavit sokongan Pua membabitkan hasil carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengenai laman web rasmi 1MDB dan artikel berkaitan isu 1MDB yang diterbitkan dalam blog, surat khabar dan portal online.

Mohd Hafarizam berkata bukti yang dikemukakan Pua adalah bukti dengar cakap sehinggalah pegawai bertanggungjawab daripada SSM dipanggil untuk mengemukakan afidavit sokongan bagi mengesahkan perkara berkenaan.

“Jika ada afidavit sokongan daripada pegawai SSM itu, barulah defendan (Pua) boleh membuktikan maklumat yang diperolehinya,” hujah peguam itu dalam permohonan Najib untuk memadamkan beberapa perenggan dalam afidavit sokongan yang diikrarkan Pua pada 7 Mei 2015 dalam saman difailkan perdana menteri itu.

Mohd Hafarizam berkata wartawan portal dan blogger yang menulis artikel mengenai isu 1MDB juga perlu mengemukakan afidavit sokongan bagi mengesahkan pembuktian maklumat yang diperoleh.

Peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Pua pula berhujah kes saman itu berkaitan isu 1MDB dan hasil carian oleh SSM berhubung isu berkenaan adalah relevan dan tidak boleh dipertikaikan.


Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Roslan Abu Bakar menetapkan 5 Mei untuk keputusan permohonan Najib itu dan tarikh sama untuk mendengar permohonan Pua bagi membatalkan saman Najib.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping