Apa lagi yang perlu kita pertikaikan mengenai sikap pemimpin Pakatan Haprak ni. Dah nama pun diorang ni pembangkang. Apa saja yang dibuat baik pun diorang akan bangkang juga.
Tapi, orang macam Si Tony Puaka ni lain sikit. Dia tak macam PAS yang membangkang berdasarkan untuk kebaikkan. Sebaliknya Si Tony Puaka ni bangkang macam pemimpin MUNAFIK.
Bila dalam bilik mesyuarat, semua benda yang dibentangkan, dia akan kata baik belaka. Semuanya dia setuju. Takde pulak dia nak bantah itu ini. Nak bersuara sedetik pun dia tak mau.
Tapi, bila didepan media, macam - macam pulak dakwaan yang dilemparkan. Pelbagai tuduhan pulak yang dibangkitkan. Itu membuktikan yang Si Tony Puaka ni seorang yang MUNAFIK.
Maka tak hairan la jika Si Tony Puaka ni kata dalam satu sidang media yang dia hanya sekadar 80 peratus sahaja setuju dengan laporan dari Jawatankuasa PAC mengenai isu 1MDB.
Itu menunjukkan bahawa Si Tony Puaka ni bukan sahaja seorang pemimpin yang MUNAFIK, malah dia juga seorang Oppotunist yang suka mengambil kesempatan dalam apa juga keadaan.
Semuanya hanya semata - mata kerana Si Tony Puaka tu mendahagakan Publisiti Murahan dan cuba nak mengelirukan rakyat KONONnya dia tidak bersetuju dengan laporan PAC tu demi untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi dia sendiri!!!
KUALA LUMPUR - Tindakan Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Tony Pua memburuk-burukkan laporan PAC berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah satu perbuatan oportunis politik menjengkelkan.
Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin berkata, perlakuan politik seumpama itu dilihat merendah dan memburukkan proses bebas dan tidak berpihak yang dilaksanakan PAC, di mana Pua sendiri mengangkat sumpah sebagai anggotanya.
"Saya ingin menegaskan dan mengingatkan kepada Tony Pua keputusan dibuat oleh kesemua 14 anggota PAC secara sebulat suara atau konsensus dan beliau salah seorang daripada anggota yang mencapai konsensus itu," kata Hasan dalam kenyataan di sini, hari ini.
Hasan berkata jika konsensus jawatankuasa itu memerlukan penilaian terhadap sesuatu dokumen atau mendapatkan kenyataan saksi, beliau sebagai pengerusi akan memastikan ia disediakan dan pengambilan kenyataan dilaksanakan.
Pada peringkat itu, katanya jika terdapat ahli jawatankuasa merasakan keperluan memperoleh maklumat lebih terperinci, mereka akan mengutarakannya pada prosiding yang dijalankan, di mana objektif utama ialah bagi menyediakan analisa terperinci mengenai transaksi 1MDB untuk dibentangkan kepada Parlimen.
sekali menipu...semakin panjang jongang giginya.
BalasPadam