Sabtu, April 16, 2016

Apa yang nak dikecohkan sangat oleh puak PKR ni apabila Tun Mahathir terus menerus menyerang Si Ketua Penipu tu secara terbuka sedangkan ianya memang sudah dapat dijangkakan? 

Bak kata Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa UUM, perkara tersebut menepati jangkaan pelbagai pihak yang menyatakan hubungan kerjasama Mahathir dengan pembangkang 'atas dasar agenda kepentingan politik masing-masing' sahaja.

Tambahan pula, mantan Perdana Menteri itu sejak awal lagi menyatakan pendirian bahawa deklarasi yang dibuat hanya sekadar untuk menurunkan Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri, dan bukan untuk memperjuangkan pembebasan Anwar.
"Kerjasama antara Tun Mahathir dengan Pakatan bukan kerjasama untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) atau kuatkan Pakatan.
 "Tetapi lebih kepada nak menjatuhkan Datuk Seri Najib yang mana kedua-dua pihak ini mengambil kesempatan di antara satu sama lain untuk melemahkan BN dan Najib, dan ambil peluang yang ada untuk kukuhkan kekuatan politik masing-masing.
"Itu hakikat sebenar hubungan Tun Mahathir dengan pembangkang, lebih kepada 'marriage of convenience' (hubungan berasaskan keperluan)," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Menurutnya, kerjasama itu hanya mempunyai satu persamaan iaitu menuntut pengunduran Najib, tapi dalam masa yang sama mereka mempunyai perbezaan pandangan dalam banyak perkara lain.
"Mereka bersatu atas dasar mahu menjatuhkan Najib, tapi bila Najib jatuh misalnya, itu kita boleh persoalkan apa hala tuju selepas itu.
"Sebab kita tidak jelas dengan apa yang dikehendaki. Atas dasar itu, saya rasa rakyat pun semakin bimbang sama ada mahu menyokong atau tidak Deklarasi Rakyat kerana agendanya tidak jelas. (Agendanya) mahu jatuhkan Najib tapi selepas itu tak tahu apa (agenda selepasnya)," ujar penganalisis politik itu.  
Tun Mahathir dalam tembubual dengan akhbar The Australian menyatakan Anwar sudah 'Terlalu Tua' untuk menjadi Perdana Menteri dan tetap mendakwa Anwar sebagai 'Tidak Bermoral'. 

Tindakan Mahathir itu menyebabkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan rasa kesalnya terhadap bekas perdana menteri itu, apabila terus melakukan serangan ke atas suaminya yang juga Ketua Umum PKR.

Malah beberapa pimpinan akar umbi PKR turut menyelar tindakan Tun Mahathir itu, sambil memintanya agar menghentikan kritikan ke atas Anwar yang disifatkan 'tidak membantu' deklarasi yang digerakkan sejak bulan lalu itu.
Categories: ,

5 ulasan:

  1. 2x5.....tun dn ph.

    BalasPadam
  2. kawe tahu doh eh!madey nok jatohkey tok najib supaya anok manja beliau dapat jadi pee em daley maso terdekat.

    BalasPadam
  3. medey dan aljuburi dua2 tua kutuk tak sedar diri..dua2 tak boleh pakai..dah expire

    BalasPadam
  4. Mmg dia dah tua pon. Trima jo lo.

    BalasPadam
  5. Depa ikut rasmi LALANG, semakin tua semakin tegak semakin berduri tajam...depa tak ikut rasmi padi makin tua makin berisi semakin tunduk.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping