Wah! Seperti mana yang sudah dinyatakan sebelum ini, nampak gayanya kekalutan yang sedang melanda kepimpinan PKR pada ketika ini semakin hari semakin bertambah meruncing.
Nak pulak apabila wujudnya pertembungan diantara dua kuasa besar yang mahu mengekalkan kedudukan serta mempertahankan pengaruh masing - masing didalam parti itu sendiri.
Bagi sesetengah pihak, perebutan kuasa diantara kem Wan Azizah dan kartel Azmin Ali memang dapat dilihat dengan jelas walaupun ianya cuba disembunyikan oleh mereka secara diam - diam.
Namun hari ini, dek kerana pengaruh Si Azmin tu dikatakan semakin hari semakin bertambah kuat dengan sokongan dari Tun Mahathir, kem Wan Azizah mula terasa tergugat.
Dari satu sudut, keghairahan serta cita - cita Politik Peribadi Si Azmin tu katanya memang cukup besar dan ianya dikatakan mampu untuk mengatasi nafsu buas Si Ketua Penipu tu sendiri.
Melihatkan keadaan itu serta dominasi pengaruh Azmin semakin hari semakin berkembang membuatkan kedudukan Wan Azizah selaku Presiden dan pengaruh Si Ketua Penipu tu semakin luntur.
Bagi Azmin, nak tak nak, jika dia bernafsu untuk menjadi Perdana Menteri dimasa akan datang, maka dia terpaksa 'Langkah Mayat' Wan Azizah dulu bagi merampas jawatan Presiden.
Hanya dengan cara itu sahaja baru dia dapat mencapai hasrat dan cita - cita untuk bergelar Perdana Menteri dimasa akan datang sekiranya Pakatan Haprak tu berjaya merampas Putrajaya.
Mungkin disebabkan mereka dapat hidu gerakan yang cuba diatur oleh Si Azmin itu membuatkan Si Nurul Izzah ni mula bersuara dan memberikan amaran kepada Tun Mahathir.
Kata Si Nurul Izzah, Mantan Perdana Menteri tu jangan nak memandai - mandai untuk mencadangkan sebarang nama atau mencalonkan sesiapa pun bagi menjawat jawatan Perdana Menteri.
“Kita tidak mahu mantan diktator (Dr Mahathir) atau diktator terkini (Datuk Seri Najib Razak) menentukan hala tuju masa depan Malaysia.
“Maka, sebab itu saya minta lebih ramai rakyat untuk lebih aktif untuk memastikan diri mereka diwakili dalam pelbagai forum, termasuk Deklarasi Selamatkan Malaysia.
“Saya lihat yang kita mahu bukan sahaja tukar Perdana Menteri, tetapi menukar sistem yang kita warisi daripada Dr Mahathir,” katanya.
Walaupun Si Nurul Izzah ni cuba merujuk kepada Datuk Seri Zahid Hamidi atau Tan Sri Muhyiddin Yassin, tapi bagi sesetengah pihak, yang nak dihalang dari menjadi Perdana Menteri ialah Azmin.
Jika tidak, kenapa pulak Si Nurul Izzah tu beria - ia sangat meroyan tak tentu arah? Andaikata Tun Mahathir nak mencalonkan Azmin bagi menggantikan Najib Razak, apa pulak respon Si Nurul Izzah tu? Boleh ke dia terima dengan hati yang terbuka!!!
Biar jadi diktator jangan jadi PELIWAT..ALLAH laknati spesies ni dan keturunan dia...Subhanallah..Bertaubatlah izah..jgn tambahkan dosa mu yg suka memfitnah orang..Pembalasan Allah amat dahsyat..Wallahhuallam.
BalasPadam