Sabtu, April 16, 2016

Apa yang boleh kita katakan lagi mengenai tuntutan yang dibuat oleh puak PKR yang Pro kepada Wan Azizah apabila mereka tetap mahu membela Si Ketua Penipu tu secara terang - terangan.

Hakikatnya, mereka ni hanya sekadar berjuang demi untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi Si Ketua Penipu dan ahli keluarga dia sahaja. Bukannya nak menjaga kepentingan rakyat.

Itu diantara lain jawapan yang diberikan oleh Tun Mahathir dalam satu kenyataan sewaktu menyampaikan ceramah baru - baru ini ekoran kritikan yang dibuat oleh penyokong Pro Anwar.

Sebelum ini, Presiden PKR, Wan Azizah dan beberapa pemimpin PKR yang lain mengutuk tindakan Tun yang dilihat masih enggan mengakui kesilapan yang telah dilakukan terhadap Si Ketua Penipu tu.

Wan Azizah dalam satu kenyataan tetap menegaskan bahawa agenda membebaskan Si Ketua Penipu tu dari penjara perlu diberikan keutamaan dan menjadi dasar perjuangan pada ketika ini.

Maka, Wan Azizah menuntut agar Tun Mahathir tidak hanya sekadar menumpukan perhatian untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib yang dianggap dianggap sebagai 'membalas dendam'.

Tun dalam satu temubual bersama media antarabangsa baru - baru ini juga turut memperlekehkan Si Ketua Penipu tu yang dianggap sudah 'Terlalu Tua' untuk menjadi Perdana Menteri.

Malah dalam temubual itu juga, Tun Mahathir tetap bertegas dengan keputusan yang dibuat pada tahun 1998 memecat Si Ketua Penipu tu serta didakwa sebagai seorang yang 'Tidak Bermoral'.

Dalam forum yang dihadiri semalam, Tun Mahathir secara jelas tetap menolak tuntutan yang dibuat oleh Wan Azizah untuk menjadikan agenda membebaskan Anwar sebagai dasar utama.
“Kalau kita nak buat keputusan tentang Anwar, itu ini, hasilnya kita akan pecah belah diri kita. Selagi ada Najib di situ, jangan fikir kita boleh buat apa-apa perubahan. Sebab itu kena bersatu untuk satu tujuan iaitu singkirkan Najib,” katanya.
Jawapan yang diberikan oleh Tun Mahathir itu bukan sahaja telah meremukkan jiwa perjuangan PKR yang selama ini telah menjadikan Si Ketua Penipu itu sebagai 'Nabi' mereka.

Bahkan jawapan itu sekaligus menafikan peranan Wan Azizah sebagai Ketua Pakatan Haprak tu diperingkat Nasional. Dalam erti kata mudahnya, Tun buat Si Wan Azizah tu macam Sampah.

Dari satu sudut, kita sendiri dapat melihat kepincangan yang sedang dihadapi oleh puak - puak Pakatan Haprak ni dalam menentukan hala tuju perjuangan mereka sendiri. Belum apa - apa lagi diorang dah beramuk sesama sendiri. Dapat memerintah nanti, alamat jahanam la Negara dibuatnya!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Azmin cepat ambil alih jawatan dari kak wan...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping