Adalah sesuatu yang cukup menyedihkan hati kita apabila melihat seorang tokoh Negarawan seperti Tun Mahathir hanya dijadikan sebagai 'Punching Bag' oleh penyokong Pakatan Haprak ni.
Tambah menyiat - nyiatkan hati ialah apabila maruah dan imejnya sebagai seorang Mantan Perdana Menteri yang banyak berjasa kepada Negara bagi diinjak - injak oleh pentaksub Pakatan.
Jika sebelum ini, kepimpinan Pakatan Haprak tu sendiri tampil dengan pelbagai dakwaan yang dibangkitkan bagi mempertikaikan tindakan Tun Mahathir berhubung isu berkaitan Anwar.
Malah ada yang sanggup baca doa laknat yang ditujukan khusus buat Mantan Perdana Menteri Malaysia itu secara terang - terangan didalam satu perhimpunan yang diadakan baru - baru ini.
Sekarang, dalam forum terbuka pula, Tun Mahathir dipersoalkan dengan tindakan yang telah dilakukannya. Beliau tetap didakwa sebagai 'Punca Utama' berlakunya kepincangan hari ini.
Seorang peserta forum yang telah diadakan di Shah Alam semalam tampil mengkritik bekas Perdana Menteri itu mengenai Polisi yang masih diguna-pakai oleh pihak Kerajaan pada hari ini.
Dalam sesi soal jawab forum mengenai laporan PAC terhadap 1MDB anjuran Pakatan itu, peserta berkenaan berkata Perdana Menteri yang sedia ada sekarang ini adalah warisan Tun Mahathir.
Menurutnya polisi yang diguna pakai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah polisi yang sama yang pernah dipraktikkan oleh Tun Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.
“Saya tahu saya datang sini saya (akan) kena hentam. Saya berjaga-jaga bila saya bercakap tadi. Ada banyak benda saya nak kata tapi saya tak kata.
“Untuk mendapat sokongan ramai, kita perkecilkan matlamat ataupun perjuangan kita kepada yang boleh diterima oleh semua, dengan itu kita akan berjaya.
“Kalau bangkit soal saya nak itu, saya nak ini, sorry lah, kita akan gagal,” jawab Tun Mahathir kepada lebih kurang 300 orang para hadirin.
Dari satu sudut, ramai yang melihat Pakatan Haprak tu hanya menjemput Tun Mahathir hadir ke program sedemikian untuk dimalukan dan diaibkan secara terbuka dihadapan khalayak ramai.
Apa yang jelas, puak Pakatan Haprak tu lansung tidak menghormati serta menghargai jasa dan pengorbanan yang telah diberikan oleh Mantan Perdana Menteri itu. Pokok pangkalnya, diorang nak Tun Mahathir mengakui kesilapan dirinya sendiri secara terbuka!!!
nampak gaya ph dn tun tak blh brsatu.
BalasPadamNak bersatu hapa...
PadamUmno yg bersatu pun Madey dah cerai berai kan...phiiiiiiijilake....
Salute keberanian Tun, Kalo panglima Bugis dah tentu cabut tu...
BalasPadamapo lagi nak dikato kan? hadap jer la...kalau kena baling taik nanti...hadap jer la...mamaktun kan pendekar kitol....
PadamTun mmg seorang yg berani.
BalasPadamOklah tu kalau tun boleh di kritik. Kalau dengan PM kau orang ..dah tentu kena sosma ...nasiblah kita semua dapat pm tak berjadah. Tunggu jelah PRU
BalasPadamKalau zaman tun jd pm dah kena isa dah puak2 pkr ni...lagi naya kena sumbat dlm penjara
BalasPadam