Jumaat, April 15, 2016

Hehehe!!! Kesian betul tengok Si Tony Puaka tu ek. Masa dia jadi anggota Jawatankuasa PAC, tak sempat dia nak tanya banyak benda gamaknya. Dah sekarang dia meroyan pulak tak tentu arah.

Kalau tak dilayan kang, takut makin melarat - larat pulak penyakit meroyan Si Tony Puaka tu. Tak pasal - pasal je dia boleh jadi hilang akal. Hilang pulak kelayakan nak bertanding nanti.

Jadi, atas dasar kesian punya pasal, Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB ni dah mengambil tindakan yang betul untuk menyahut cabaran debat yang sekali lagi dikemukakan oleh Si Tony Puaka tu.

Cuma kita harap kali ini, Si Tony Puaka tu jangan bagi alasan yang bukan - bukan pulak. Yang kita nak tengok sekarang ni DEBAT diantara dia dengan Arul Kanda. Bukan 'Talk Show'.

Dan jangan pulak nanti Si Tony Puaka ni tampil dan memberika alasan MUNAFIK dengan mengatakan bahawa debat ni bukan salah satu budaya DAPigs untuk selesaikan sebarang masalah. Tapi, kalau dah jenis manusia MUNAFIK tu, memang tak boleh kata apa dah!!!
KUALA LUMPUR – Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda sekali lagi menyahut cabaran Ahli Parlimen DAP, Tony Pua untuk berdebat isu melibatkan syarikat pelaburan itu.

Beliau bagaimanapun meminta Tony mendapatkan kebenaran Speaker Dewan Rakyat terlebih dahulu untuk mengelakkan dirinya dipermalukan sekali lagi seperti dalam cabaran debat sebelum ini.

“Secara ironiknya, ini mungkin kali pertama ‘Hakim PAC’ mahu berdebat dengan ‘Defenden’ selepas perbicaraan dan laporan seimbang (tidak bias) secara bersama telah pun diterbitkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata Arul, Tony telah pun menyoal siasat dirinya hampir secara eksklusif dengan bertalu-talu bertanyakan soalan selama dua hari ketika prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berlangsung baru-baru ini.

“Nampaknya YB Tony masih teringin menghabiskan sata-saat indah dan berkualiti dengan saya, siapa la saya untuk menolak hak kenikmatan itu kepada YB Tony,” katanya sinis.

Arul menambah, beliau tetap menyahut cabaran itu walaupun melihat Tony seperti orang sewel dalam kekeliruan yang amat semenjak dua ini.

“YB Tony ada berkata ‘anda boleh hampir jatuh cinta dengan saya’, kemudian dia mengelarkan saya sebagai seorang penipu dan merendahkan pencapaian saya.

“Pada pagi Khamis dia berkata saya seharusnya meletak jawatan, pada malam Khamis pula mengajak saya berdebat.

“Agak nyata Yb Tony sedang dalam kekeliruan dan bercanggah (pandangan) dengan dirinya sendiri. Dia sendiri tak tahu sama dia cintakan saya atau bencikan saya.

“Dia kata saya perlu meletak jawatan, kemudian berkata saya perlu kekal dan berdebat dengannya. Semua ini disebalik begitu ramai dalam DAP termasuk Tony yang mengatakan saya seorang penipu, tak guna dengar cakap saya.


“Jadi mengapa hendak berdebat jika anda (semua) tidak akan mendengar atau percaya apa-apa yang saya cakapkan,” katanya.
Categories: ,

2 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping