Heh! Nampak gayanya bukan sahaja kedudukan Si Wan Azizah tu yang menjadi perhatian dan tumpuan pelbagai pihak apabila ianya dikhabarkan semakin tergugat sejak akhir -akhir ini.
Khabar angin mengenai kedudukan Wan Azizah selaku Presiden PKR tergugat mula tersebar apabila ada desas desus mengatakan bahawa ianya berpunca dari kebangkitan Azmin didalam parti.
Maka sejak dari itu, kita dapat lihat pelbagai pihak seolah - olah cuba nak memberikan imej buruk terhadap Wan Azizah dengan mempertikaikan segala tindakan yang diambil sejak akhir - akhir ini.
Bahkan kemampuan Wan Azizah sebagai penerajui Pakatan Haprak tu juga turut dipersoalkan kerana sehingga ke hari ini, dia masih GAGAL memberi impak kepada masyarakat.
Kalau kita lihat senario hari ini, Pakatan Haprak yang dipimpin oleh Wan Azizah memang tidak mempunyai Hala Tuju. Sebaliknya, perbalahan diperingkat dalaman masih lagi berlaku.
Ianya disebabkan kerana PKR pada ketika ini masih lagi ingin memilih 'Jalan Tengah' untuk mengekalkan sokongan dari kalangan puak pembangkang walaupun ada yang berbalah sesama sendiri.
Pendirian PKR terhadap perbalahan yang berlaku diantara PAS dengan DAPigs dan parti Kuali pimpinan Si Mat Sabu tu merupakan contoh yang paling ketara. PKR dilihat masih GAGAL untuk membuat kata putus.
Sebaliknya, parti itu dilihat lebih suka mengambil sikap 'Lepas Tangan' dan berdiam diri dalam isu tersebut semata - mata untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri.
Keadaan ini tidak menyenangkan DAPigs yang secara jelas dan nyata sudah menjadikan PAS sebagai 'Musuh Nombor Satu' mereka. Ianya diikuti dengan parti pimpinan Mat Sabu.
Mungkin atas sebab itu DAPigs memilih untuk memberikan sokongan kepada Tun Mahathir dan tidak lagi mengharapkan Wan Azizah bagi memastikan cita - cita Politik rakus mereka tercapai.
Pokok pangkalnya, Wan Azizah kini mula dilihat semakin Tidak Relevan dalam perjuangan Politik semasa sejak Si Ketua Penipu tu dipenjarakan atas kesalahan MELIWAT bekas pembantu peribadinya.
Bahkan kewujudan gerakan deklarasi yang diketuai oleh Tun Mahathir pada ketika ini juga seolah - olah terus meminggirkan peranan Wan Azizah selaku peneraju Pakatan Haprak tu hari ini.
Jadi tak heran la sekiranya pemimpin dikalangan puak PKR tu sendiri pun hanya menganggap Si Wan Azizah ni seperti LANGAU SAMPAH sehingga menyebabkan PKR Sarawak pun ingkar terhadapnya. Itu membuktikan yang Si Wan Azizah tu dah Tak Laku!!!
Sudah tiba masanya dia letak jawatan. Lagipun kesian sering dipergunakan oleh ....
BalasPadam???