Khamis, April 14, 2016

Bagi mereka yang tak faham mesej yang cuba disampaikan, itu sebenarnya persoalan yang nak diajukan oleh Presiden PKR terhadap kenyataan yang dibuat oleh Tun Mahathir sebelum ini.

Persoalan yang diajukan secara tidak lansung itu membuktikan bahawa kepincangan dalam kepimpinan dikalangan puak PKR tu pada ketika ini semakin bertambah hangat dan meruncing.

Secara dasarnya, Wan Azizah masih lagi mempersoalkan tindakan Tun Mahathir yang didakwa terus menerus menyerang Si Ketua Penipu tu dalam temubual yang diadakan baru - baru ini.

Dari laporan yang disiarkan, Tun Mahathir bukan sahaja tetap dengan keputusan yang telah dibuat pada tahun 1998 yang memecat Si Ketua Penipu tu sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Bahkan Mantan Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun itu juga dilihat kekal berpegang teguh kepada keputusannya yang menganggap Si Ketua Penipu tu sebagai seorang yang "Tidak Bermoral".

Perkara itu yang jelas membuatkan Wan Azizah kecewa walaupun ada dikalangan pemimpin PKR pada ketika ini dilihat terlalu taksub menyokong gerakan yang diketuai oleh Tun Mahathir.
"Saya kesal Dr Mahathir memilih untuk terus meluahkan dendam dan racun ke atas Anwar Ibrahim. Ini berterusan walaupun kemurahan hati Anwar dalam mengampuni keterlaluan tindakan Mahathir sebelum ini. 
"Tetapi apabila beliau memilih untuk mengulangi serangan keji kepada Anwar menggunakan institusi sama yang dipilihnya untuk menyerang, saya berfikir bahawa ini tidak boleh diterima," katanya melalui halaman Facebook, gerakan Bebas Anwar.
Dalam kenyataan yang sama, Tun Mahathir juga turut menyatakan bahawa Si Ketua Penipu tu sudah 'Terlalu Tua' untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Haprak tu berjaya merampas Putrajaya.

Maka persoalan yang perlu dijelaskan, siapa yang dianggap layak untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya Si Ketua Penipu tu didakwa 'Terlalu Tua' bagi menjawat jawatan tersebut kelak?

Dek kerana persoalan itu yang menimbulkan spekulasi berkaitan dengan nama Azmin Ali sebagai calon yang diharapkan bagi menduduki jawatan tersebut seandainya Pakatan Haprak tu berjaya.

Namun, keadaan itu hanya boleh berlaku sekiranya Azmin berjaya merampas jawatan Presiden PKR dari genggaman Wan Azizah dan keluarga Si Ketua Penipu tu. Katanya, perkara itu yang menjadi punca utama kekalutan dalam kepincangan PKR pada ketika ini!!!
Categories: ,

4 ulasan:

  1. Yang pasti bukan ko

    BalasPadam
  2. kadang terpikir,tun mahathir saja join pembangkang ni bukan sebab dia nak kritik najib tapi lebih kepada nak hancur pecah belahkan pembangkang.

    mungkin tun lihat najib tak ambil tindakan yang tegas sangat dekat pembangkang jadi dia korbankan diri supaya pembangkang pecah belah..

    geng pembangkang yang buat onar tak kena ISA sebab dah dimansuh,
    tuduhan bertali arus tak dijawab dengan baik sebelum ni,
    geng umno pun lembab dalam memberi penerangan,
    komponen BN apantah lagi,jarang dengar kritik balik PR..
    siap boleh buat jaminan akan terus kritik umno dari dalam plak tu,

    jadi sebelum Tun tutup mata,dia cuba jalan yang terakhir untuk pecahkan PR..

    who know.....

    BalasPadam
  3. pasti lah anak angkat Tun M boleh jadi YAB sekali lagi. sblm ni, Selangor, slps ini pastinya Malaysia plak, hidup Azmin!!!

    BalasPadam
  4. nampaknya ph takde harapan nk tawan putrajaya setakat ni.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping