Khamis, April 14, 2016

Hehehe!!! Memang menarik juga bila tengok video sesi soal jawap diantara Dr. Zakir Naik ni dengan seorang pelajar Psikologi yang bernama 'Cha' ni. Budak Psikologi pun boleh jadi 'Psiko' bila dengar jawapan dia.

Diantara soalan yang ditanya oleh 'Cha', dalam satu sesi ceramah yang diadakan oleh Dr. Zakir Naik sebelum ini, beliau menyatakan bahawa beliau 'Lebih Kristian dari Kristian' sendiri.

Persoalan awal yang dibangkitkan oleh Cha, bagaimana mungkin perkara itu boleh berlaku sedangkan seorang penganut agama Kristian perlu 'dibaptist' terlebih dahulu untuk menjadi Kristian.

Jawapan mudah yang diberikan oleh Dr. Zakir Naik, seorang penganut agama Kristian yang sebenar tidak perlu dibaptist. Yang penting dia hanya perlu mengikut ajaran yang termaktub dalam kitab Bible.

Namun, jelas Dr. Zakir Naik, kebanyakkan penganut agama Kristian hari ini tidak lagi mengikut ajaran yang termaktub didalam kitab tersebut. Sebaliknya mereka buat ikut suka hati mereka sahaja.

"Didalam kitab Bible, penganut agama Kristian dilarang makan Babi, perlu memakai tudung, dan tidak mengambil alkohol. Tetapi penganut agama Kristian hari ini tidak menurutinya," jelas Dr. Zakir Naik.

Mungkin tersentak dengan jawapan yang diberikan, Cha cuba mempertahankan hujahnya dengan mendakwa ajaran Kristian perlu mengikut Gereja, bukan sekadar mengikut kitab Bible semata - mata.

Menjawab soalan itu, Dr. Zakir Naik mendedahkan, "didalam dunia hari ini, wujud hampir 2000 'Sekte' atau fahaman Gereja bagi agama Kristian. Jadi, yang mana satu yang perlu ikut?"

Dari paparan video yang turut menjadi viral itu membuktikan bahawa sesetengah pihak ni sendiri tak faham dengan agama yang mereka anuti. Mereka lebih suka ikut 'Cakap Orang' dari nak ikut apa yang terkandung dalam kitab yang mereka sendiri anggap 'Suci'!!!
Categories:

2 ulasan:

  1. kemas dn brfakta jawapannya...trbaik dr zakir

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah Dr Zakir Naik semoga Allah senentiasa mengrahmati mu.Hujah berfakta dan mengyakinkan.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping