Selasa, Mei 17, 2016

Nampak gayanya, perkara ini memang tidak dapat dielakkan lagi memandangkan masing - masing tetap tegar mahu mempertahankan pandangan masing - masing dan yakin dengan keupayaan sendiri.

Kecuali Barisan Nasional yang bakal menurunkan calon mereka bagi mempertahankan dua kerusi Parlimen iaitu di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, dipihak pembangkang lain pulak ceritanya.

Sehingga ke hari ini, perbalahan diantara puak pembangkang itu masih GAGAL untuk mencapai kata putus apabila masing - masing sibuk nak membanggakan parti sendiri tak tentu arah.

Bagi pihak PAS, parti itu menganggap kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebagai kerusi 'Tradisi' yang telah ditandingi sejak turun - temurun membuatkan mereka berlagak macam dua kerusi tu dia yang punya.

Padahal, dari awal Pilihan Raya Umum yang diadakan sebelum - sebelum ini, PAS tidak pernah memenangi dua kerusi tersebut walaupun mereka berada dalam Pakatan Haramjadah tu.

Walaubagaimana pun, kepimpinan PAS Pusat tetap merasa yakin bahawa mereka mampu untuk merampas salah satu diantara kerusi Parlimen yang bakal dipertandingkan pada 5 Jun nanti.

PAS dalam kenyataan - kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini telah menegaskan agar pihak lain tidak turut bertanding di kedua - dua kerusi tersebut bagi mengelakkan berlakunya pertandingan 3 penjuru.

Dari satu sudut, cadangan PAS untuk meletakkan calon mereka dikerusi tersebut telah disokong secara tidak lansung oleh Timbalan Presiden PKR dalam satu mesyuarat yang diadakan.

Dilaporkan, Timbalan Presiden PKR itu sedang berusaha untuk memujuk parti KUALI pimpinan Si Mat Sabu tu supaya tidak calon mereka di kedua - dua kerusi Parlimen yang dipertandingkan.

Namun, saranan yang dibuat oleh Timbalan Presiden PKR itu tidak dipersetujui oleh pimpinan parti KUALI Mat Sabu yang menganggap ianya sebagai satu arahan yang 'Tak Masuk Akal'.

Kata mereka, Pakatan Haprak tu takkan memberikan sebarang sokongan kepada mana - mana parti yang tidak bersama - sama dengan mereka. Ianya termasuk PAS yang sudah dikeluarkan dari Pakatan.

Maka, secara tidak rasminya, pertandingan 3 penjuru bagi kawasan Parlimen Sungai Besar dan Parlimen Kuala Kangsar itu akan berlaku memandangkan PAS dan PAN masing - masing mempunyai ego yang tinggi.

Dalam erti kata lainnya, puak Pakatan Haprak tu masih GAGAL untuk menentukan calon dikalangan mereka dan ianya sekaligus membuktikan bahawa mereka hanya sekadar mahu menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri!!!
Categories: , , ,

5 ulasan:

  1. Mut,

    Aku rasa tak akan ada 3-Penjuru. Jika tak ada 1 lawan 1, makan ia akan jadi 4 atau 5 atau 6 Penjuru. Jika PAS dan PAN akan sama2 mahu bertanding, maka CALON BEBAS akan jadi pilihan penyokong geng Deklarasi Rakyat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apalah Kau ni PAN kan menyokong DR.

      Padam
    2. Betul. Tapi kita tengoklah perkembangan terbaru antara semua parti yg menentang UMNO/BN nanti. Aku harap sangat semua parti ini dapat bersatu, bertolak ansur dan bantu-membantu utk capai kemenangan.

      Padam
  2. Hanya bn yg berjaya mengamalkan sikap toleransi dan tolak ansur didalam isu meletakkan calon pada pilihanraya agar sesama bn tidak bertembung. Walaupun bn Kaki songlap dan salah guna kuasa, tetapi dalam isu ini mereka cerdik. Berbeza dgn pembangkang. Masing-masing ego samada pas yg berteraskan islam tu, pan pecacai Dap, pkr dan Dap. Mcmna nak mentadbir negara jika isu calon pilihanraya pun bergaduh? Pembangkang malaysia ni, semuanya bodoh diperkudakan cina.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju. BN punya pengalaman dan strategi yg baik sedangkan pihak pembangkang punya pengalaman bergaduh sesama sendiri yg tak mau diubah. Hasad dengki dan dendam kesumat masih menebal. Walaupun duduk semeja masih tak mahu minum dari teko yg sama.

      UMNO BN juga punya hasrat dan azam yg kuat utk terus berkuasa kerana itu adalah survival mereka. Jika kalah memang amat sukar utk mendapat kembali kuasa yg ada.

      Tetapi malangnya mereka tidak mencermin diri mereka sendiri, tidak sedar pengaruh dan juga penyokong semakin susut. Mereka kuat berperang dgn musuh tetapi tak mampu membaiki diri sendiri, menambah tenaga dan memperhebat penampilan. Orang muda semakin mengasingkan diri sebab UMNO menyampahkan diri sendiri, bukan kerana pembangkang lebih hebat.

      Ramai sudah pengundi berkata apa parti yg menang pun sama saja, tak ada makna. ABATA hanya di mulut saja.

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping