Sabtu, Mei 21, 2016

Kalau dibaca dari satu sudut, kenyataan yang dibuat oleh Si Azmin Ali tu semalam bukan sahaja boleh dianggap sebagai satu Penghinaan yang nyata terhadap Presiden PAS itu sendiri.

Bahkan dia juga turut tidak menghormati kedudukan Si Hadi Awang tu selaku Presiden PAS apabila cuba mengadakan pertemuan dibelakang pengetahuan pemimpin tertinggi parti itu.

Dari apa yang dinyatakan oleh Si Azmin tu semalam, dia telah mengadakan sebanyak dua kali pertemuan dengan Timbalan Presiden PAS bagi membeincangkan isu Pilihan Raya Kecil Sungai Besar.
"Saya telah bertemu dua kali dengan pimpinan tinggi PAS. Semalam saya ada perjumpaan dengan pemimpin tertinggi AMANAH. Ia berjalan dengan baik dan positif. Saya juga telah berbincang dengan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) politik utama negara.
“Saya bertemu Timbalan Presiden PAS, saya bertemu dengan Pengarah Pilihan Raya PAS, saya bertemu dengan setiausaha politik Ustaz Hadi, jadi saya percaya pimpinan tertinggi ini akan melaporkan kepada presiden,” katanya.
Kenyataan Si Azmin tu sekali gus membuktikan bahawa dia telah membelakangkan kedudukan Hadi Awang selaku Presiden PAS dan tidak menghormatinya secara terang - terangan.

Persoalannya, kenapa Si Azmin tu enggan berjumpa terus dengan Hadi Awang untuk mengadakan perbincangan mengenai soal calon bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar tu?

Walhal, isu mengenai calon bagi Pilihan Raya Kecil itu merupakan satu isu besar yang perlu ditangani secara lansung oleh Hadi Awang selaku pemimpin tertinggi dikalangan pemimpin PAS.

Yang IRONIKnya, Kalau Si Azmin tu boleh bertemu dengan Mat Sabu selaku Presiden parti KUALI bagi membincangkan isu tersebut, kenapa dia tak boleh berjumpa dengan Hadi Awang?

Maka ianya adalah amat jelas bahawa Si Azmin tu bukan sahaja telah menghina Presiden PAS dengan menganggap dia tak tau apa yang berlaku dalam partinya sendiri. Bahkan, Si Azmin tu juga tidak menghormati jawatan Hadi Awang selaku Presiden parti itu secara terbuka!!!
Categories: , ,

4 ulasan:

  1. Haji hadi hendak menebus dosa dosanya yang lalu kerana bersekutuboh dengan kapiak dap.lagipon papa nasihat jangan layan seko ni.

    BalasPadam
  2. Boleh percaya kah apabila Timbalan Presiden PKR dengan Timbalan Presiden PAS berbincang dengan Presiden PAN ( DAP ).

    Umum dah tahu Timb.Presiden PKR dengan Presidennya tak Ngam. Timb. Presiden PAs ni boleh harap kah.

    Presiden PAS jaga-jaga ada Lembaga Hitam di belakang kamu.

    BalasPadam
  3. jgn bagi muka sama itu kawan baik dap..pan

    BalasPadam
  4. Haji Hadi baru sedar Arab Stream adalah agenda kafir dn Yahudi nk hancurkan negara Islam sedunia.Dibelakang Dap dn Pan adalah mereka yg menjadi dalang Arab Stream.DAP adalah wakilnya diMalaysia.Pan dan Pkr adalah kuda tungangannya....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping