Khamis, Mei 26, 2016

Dah Jadi Macam Lebai Malang Si Azmin ni penyudahnya!!!
Heh! Memang agak tipikal sungguh Si Menteri Besar Selangor ni ek. Selama ini dia ingat dia mampu untuk mengawal semua orang sesuka hati dia dengan cara memanipulasikan mereka.

Si Menteri Besar Selangor tu ingat dia mampu untuk mengawal keadaan. Tapi jangkaan Si Menteri Besar Selangor tu ternyata meleset apabila dia hanya sekadar mampu berangan - angan sahaja.

Apa yang jelas, Si Menteri Besar Selangor tu mungkin sudah tenggelam dalam dunia 'Egoist'nya yang terlalu teruja nak menjadi menjadi Perdana Menteri Malaysia dimasa akan datang.

Mungkin itu yang membuatkan Si Menteri Besar Selangor tu lupa sehingga menyebabkan dia tak berpijak dibumi yang nyata apabila habis semua orang dia main langgar sesuka hati dia je.

Jika sebelum ini, Si Menteri Besar Selangor tu ingat dia mampu nak menghapuskan pengaruh keluarga Si Ketua Penipu tu dalam PKR dengan menyertai deklarasi Tun Mahathir.

Ternyata jangkaan dia meleset apabila ramai dikalangan pemimpin PKR itu sendiri mula tarik diri dari menyertai gerakan Bekas Perdana Menteri itu selepas tersebarnya surat dari Sungai Buloh Hq.

Kemudian Si Menteri Besar Selangor tu ingat dia boleh mempermainkan DAPigs dengan melangkaui keputusan Presiden PKR meletakkan calon bagi kawasan yang ditandingi oleg DAPigs.

Ternyata, tindakan itu bukan sahaja merugikan DAPigs yang hilang 6 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak. Tetapi turut menyebabkan PKR mendapat aib GAGAL menambah bilangan kerusi.

Kali ini, Si Menteri Besar Selangor tu sekali lagi GAGAL untuk mengawal PAS dan mendesak agar mereka tunduk kepada kehendak serta kemahuannya dalam isu calon di Sungai Besar.

Katanya, Si Menteri Besar tu mengamuk sakan bila PAS menolak sebarang rundingan bagi menentukan calon bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen tersebut sampai habis semua orang dimakinya.

Jika sebelum ini, Si Menteri Besar Selangor tu cukup optimis dapat mempengaruhi PAS. Tetapi kemudian dia sendiri kecewa sehingga tahap sanggup menghina Hadi Awang secara terbuka.

Biarpun semalam, pendedahan dari satu sumber menjelaskan bahawa Si Menteri Besar Selangor tu dah cuba pujuk Datuk Dr. Haron Din agar masuk campur, ternyata ianya juga GAGAL.

Sekali gus ianya memberikan satu tamparan yang cukup hebat kepada Si Menteri Besar itu dan membuktikan bahawa dia Tak Layak untuk menjadi seorang pemimpin. Apatah lagi nak menjadi Perdana Menteri dimasa akan datang!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. pujuk pan la plk........

    BalasPadam
  2. Wahai semut hitam

    Persoalannya sekarang sapa mau bertanding PAN ka PKR.

    Kalau PAN bertanding dan letak calon mike Sabu. Adakah dia boleh menang atau dia akan camoak mikrofon saja sebab hilang duit deposit.

    Ini bukan 3 penjuru dah tapi 4 penjuru. Dan Mike Sabu pula juruselfie d amoy.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping