Hahaha!!! Nampak gayanya Si Azmin tu sekali lagi telah menemui ke-GAGAL-an didalam agendanya untuk memenuhi cita - cita 'Suci' nak menjadi Perdana Menteri dimasa akan datang.
Bagaimana mungkin hasrat Si Azmin tu boleh dicapai jika dia sendiri GAGAL untuk mendapatkan kerjasama dari kalangan puak Pakatan Haprak tu berhubung isu calon di Sungai Besar?
Secara tidak lansung, ianya membuktikan bahawa Si Azmin tu tidak mempunyai sebarang kelayakan sebagai seorang pemimpin yang 'In Control' apabila dia GAGAL mengawal keadaan.
Tapi, tak sangka pulak ke-GAGAL-an yang dihadapi oleh Si Azmin tu sampai tahap membuatkan dia 'Merajuk' macam budak kecik sehingga dia enggan datang ke Mesyuarat Pakatan.
Dalam laporan yang disiarkan semalam, Si Azmin tu katanya GAGAL untuk menghadiri mesyuarat Pakatan bagi membincangkan kedudukan mereka dalam Pilihan Raya Kecil Sungai Besar.
Walaubagaimana pun, ke-Tidak Hadir-an Si Azmin itu telah dijawab oleh Wan Azizah selaku Presiden PKR yang juga merupakan 'Ketua' kepada Pakatan Haprak tu dalam sidang media.
Kata Si Wan Azizah, Azmin tidka dapat hadir kerana ada urusan di mahkamah. Dan ketidak-hadiran Si Azmin tu bukannya satu isu yang besar kerana ramai juga pemimpin lain yang tak hadir.
“Sebab Menteri Besar (Selangor) tidak ada, Setiausaha Agung (?) tidak ada..pergi mahkamah, Ketua Menteri (Pulau Pinang) tidak ada. Kita dapati ramai pemimpin utama kita tidak hadir.
“Patutnya, kita buat (keputusan) hari ini (sebab) kita berjumpa di Parlimen (tetapi) ada urusan yang lain,”kata Wan Azizah.
Kalau kita lihat dari satu sudut, alasan yang diberikan oleh Si Wan Azizah tu seolah - olah tak masuk akal dan sukar untuk diterima oleh kebanyakkan pihak. Terutama dikalangan ahli PKR sendiri.
Apa yang jelas, sudah pasti kehadiran WAJIB Si Azmin tu sangat perlu kerana dia merupakan seorang Menteri Besar dan Parlimen Sungai Besar itu terletak dalam Negeri Selangor.
Jadi, kenapa pulak ketidak-hadiran dia tu tidak dianggap sebagai satu isu yang besar bagi Wan Azizah? Dan kenapa Si Wan Azizah tu 'Tergesa - Gesa' nak buat mesyuarat tu semalam?
Bagi mereka, bukannya Si Wan Azizah tu tak boleh nak aturkan supaya mesyuarat tu diadakan esok, atau malam semalam dimana semua orang tak disibukkan dengan perkara lain.
Secara tidak lansung, tindakan Si Wan Azizah tu buat mesyuarat itu secara tergesa - gesa sehingga menyebabkan Azmin GAGAL untuk hadir sengaja dilakukan bagi memburukkan reputasinya.
Namun sama ada tindakan yang dilakukan oleh Si Wan Azizah tu memang untuk memburukkan imej Azmin supaya dilihat 'Merajuk' atau sebaliknya, tidak dapat nak dipastikan.
Tapi apa yang jelas, jika benar Si Azmin tu Merajuk kerana agendanya untuk membuatkan semua orang tunduk pada arahannya membuktikan bahawa dia memang Tak Layak nak jadi pemimpin. Apatah lagi dia nak jadi Perdana Menteri dimasa akan datang!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.