Ahad, Mei 01, 2016

Tidakkah ianya satu yang IRONIK apabila perkara seperti ini berlaku pada ketika ini? Adakah Si Menteri Besar Selangor tu kini sedang menanggung khifarah dari apa yang dilakukannya?

Jika dilihat dari satu sudut, Si Menteri Besar Selangor tu seolah - olah sedang ditimpa dengan 'Hukum Karma' dek kerana keegoan dan kerakusan nafsu yang ditonjolkan sebelum ini.

Dalam pada dia dok sibuk nak buat gerakan untuk menjatuhkan Presiden UMNO selaku Perdana Menteri Malaysia, orang dari parti dia sendiri pun dok sibuk nak menggugurkan jawatan dia.

Semuanya hanya semata - mata kerana tindakan yang telah dilakukan oleh Si Menteri Besar Selangor tu sejak akhir - akhir ini mengundang rasa tak puas hati dikalangan pengikut partinya sendiri.

Selain tindakannya menyokong gerakan deklarasi yang diketuai oleh Tun Mahathir, keputusannya yang membelakangi kepentingan Presiden PKR juga menjadi satu isu yang cukup besar.

Ianya bukan lagi satu rahsia, bahkan ia sudah merupakan rahsia umum dikalangan rakyat mengenai perbalahan yang berlaku diantara kem Wan Azizah dan kartel Azmin dalam PKR pada ketika ini.

Desas desus mengenai nafsu ghairah Si Menteri Besar Selangor tu nak menjadi Perdana Menteri juga sudah mula kedengaran yang menjadi bisikan bukan sahaja dikalangan ahli PKR, tetapi rakyat secara amnya.

Bagi sesetengah pihak, apa yang sedang dilakukan oleh Si Menteri Besar Selangor itu hanya akan mengurangkan pengaruh Wan Azizah selaku Presiden dan menidakkan kewujudan Si Ketua Penipu tu sendiri.

Maka sebab itu wujudnya satu gerakan yang sedang mengatur gerakan kempen untuk "Membersihkan" Si Menteri Besar Selangor tu dari PKR sebelum dia berjaya mencapai cita - cita Politik Peribadinya.

Persoalannya sekarang, sejauh mana ahli PKR menerima pendedahan - pendedahan berkaitan dengan penyelewengan yang dilakukan oleh Si Menteri Besar Selangor tu pada ketika ini?

Adakah mereka hanya sekadar membutakan mata dan memekakkan telinga dari melihat apa yang sedang berlaku? ATAU, adakah ahli PKR ni semuanya dah menjadi Pemakan Dedak Si Menteri Besar Selangor tu?

Bagaimana mungkin Si Menteri Besar Selangor tu layak untuk menjadi pemimpin kepada rakyat sedangkan dalam masa yang sama, ahli dikalangan parti dia sendiri pun tak suka pada dia. Itu membuktikan yang Si Menteri Besar Selangor tu dah Tak Boleh dipercayai!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Aakkk pon ada dengar mukrikz , shapiee dan muhiddin nak join pkr. Diorang dah pakat nak tanding seluruh malaysia. Dapat menang suku pon jadi la. Kemunkinan azmin jadi pm memang ada 60%, kalau azmin jadin preseden pkr alahudalam.amin.

    BalasPadam
  2. PKR puak pluralist...PAN puak syiah DAP puak komunis.... momok mudahnlupa puak 3 dlm 1 pluralist/syiah/komunis..... momok bole tubuh blok baru atau tubuh parti baru lawn UMNO..... momok pun dah kuar UMNO tak perlu nak heret UMNO tubuh team B atau sebagainya... nk tubuhteam B dlm PKR momok dan gang botak boleh melantak nak tubuh team apa apa pun ..... tak perlu nak heret umno dlm gsme momok nih.... gi melingkop semua puak nih...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping