Ahad, Mei 01, 2016

Heh! Makin meroyan la puak Pakatan Haprak tu kalau membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Pak Mus ni. Mesti diorang akan kata Pak Mus ni dah mula kecut buah kerandut.

"Belum apa - apa lagi Pak Mus dah angkat Spender Putih dan mengaku kalah?" Pasti itu diantara persoalan yang dibangkitkan dikalangan mereka yang tak 'Sebulu' dengan PAS.

Nak pulak bagi parti Kuali pimpinan Si Mat Sabu tu. Dah tentu kenyataan Pak Mus ni akan jadi bahan kempen diorang sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak tu pada ketika ini.

Paling tidak, sudah pasti diorang akan cuba mengapi - apikan rakyat di Sarawak dengan melabelkan PAS sebagai 'Proksi UMNO' yang cuba mencari tapak di negeri tersebut. Itu contoh yang paling mudah.

Walhal, jika kita lihat dari satu sudut, apa yang dinyatakan oleh Pak Mus ni merupakan satu hakikat kebenaran mengenai situasi semasa. Pak Mus ni hanya meluahkan apa yang dia rasakan betul.

Kalau kita tengok penerimaan rakyat kepada Kerajaan Barisan Nasional Sarawak yang dipimpin oleh Datuk Seri Adenan Satim sekarang pun kita boleh tau apa yang cuba disampaikan oleh Pak Mus ni.

Kesimpulannya, puak Pakatan Haprak tu perlu belajar untuk menerima kebenaran walaupun dianya cukup pahit untuk ditelan. Benda betul, kita kena cakap betul. Begitu juga sebaliknya.

Jangan pulak kita jadi macam puak Pakatan Haprak tu yang memang suka menegakkan anunya yang basah. Akhirnya, makan diri sendiri juga. Lepas tu, bila dah tak boleh terima kenyataan, mula la diorang meroyan macam orang hilang akal!!!
KUALA TERENGGANU - Pas yakin Barisan Nasional (BN) akan berjaya mengekalkan kuasanya di Sarawak dan meraih majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11.

Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali berkata, BN dilihat masih memikat hati pengundi Sarawak selain mampu menyelesaikan isu tempatan terutama di kawasan luar bandar.

"Saya rasa BN akan terus memerintah Sarawak dan akan menang dua pertiga majoriti dalam PRN11 nanti, mungkin ada kawasan yang akan kalah, tetapi saya yakin BN akan terus kekal di Sarawak," katanya pada sidang media di pejabat Kelab Wartawan Terengganu (Kawat), di sini hari ini.

Mustafa berkata, Pas melihat masyarakat Sarawak lebih menumpukan kepada isu tempatan berbanding isu nasional.

Selain itu, beliau berkata, faktor kepimpinan yang ditonjolkan Ketua Menterinya, Datuk Seri Adenan Satem dalam pentadbiran kerajaan negeri memberikan keyakinan kepada rakyat.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping