Ahad, Mei 01, 2016

Aduhai!!! Heran juga dengan perangai seorang Pak Menteri ni. Makin hari makin naik meluat pulak membaca kenyataan yang dikeluarkan berhubung isu kemelut dalaman parti ni.

Macam dah takde isu lain yang nak dibangkitkan. Padahal, bersepah lagi isu - isu besar yang perlu ditangani pada ketika ini. Tapi Si Pak Menteri ni dok sibuk nak bergaduh sesama sendiri.

Yang herannya, kenapa dia sibuk sangat nak suruh pecat orang itu dan ini? Apa kelebihannya jika perkara itu dilakukan? Banyak sangat ke faedah yang akan diperolehi nanti?

Apakah jaminan yang mampu diberikan oleh Si Pak Menteri tu jika pemecatan pemimpin tertentu dilakukan terhadap individu tertentu mampu mengembalikan sokongan kepada UMNO?

Adakah dengan tindakan memecat pemimpin - pemimpin tertentu dari barisan kepimpinan parti tu akan dapat menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi oleh parti pada ketika ini?

Dan persoalan yang paling utama, mampukah tindakan seperti itu membawa kemenangan besar DUA PERTIGA kepada Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang?

Kalau setakat pecat orang itu ini, tapi bilangan penyokong dan pengundi semakin merosot, apa gunanya? Takkan benda semudah itu pun Si Pak Menteri ni tak boleh nak faham juga?

Yang lebih menghairankan kita, kenapa Pak Menteri ni tak serang isu - isu yang berkaitan dengan pembangkang, tapi sebaliknya memilih untuk menyerang pemimpin dari kalangan UMNO sendiri?

Kenapa dia tak balun isu penyelewengan dana rakyat yang dilakukan oleh Rejim Pakatan di Selangor? Kenapa dia tak pertikaikan isu pembelian rumah banglow mewah 'Terlajak Murah' Guan Eng?

Hakikatnya, banyak lagi isu lain yang boleh dijadikan bahan modal Politik Pak Menteri tu untuk menyerang pihak pembangkang selain dari menjawab isu - isu yang dibangkitkan. Tapi kenapa dia 'Ghairah' jugak nak membogelkan pemimpin sesama sendiri!!!
Categories:

2 ulasan:

  1. makan kawan la klu mcm tu....biasa brlaku dlm parti politik perangai macam ni.

    BalasPadam
  2. Eh!......terkejut AKU.
    Betul ke ini blog si SEMUT HITAM.......????
    Ya, memang betul.........KIHKIHKIH.
    Kenapa Pak Menteri ghairah nak orang tu dan orang ni dipecat....?
    Kenapa dia tak bising pasal isu beli banglo dan isu 'penyelewengan Dana Rakyat"....?????
    Jawabnya senang je.
    Isu beli rumah banglo di bawah paras pasaran, takda kena
    mengena dengan rakyat. Ini antara penjual dan pembeli.
    Isu 'Penyelewngan Dana Rakyat' oleh Kerajaan Selan gor pula,
    MB cuma simpan duit tu kerana dia nak guna 'faedahnya' untuk
    bantu rakyat. Takat ni di Selangor air free, bas pun free,
    cukai pintu untuk rumah murah FREE, mungkin Kerajaan Selangor
    nak bagi biasiswa untuk pelajar cemerlang Selangor memandangkan
    Kerajaan Pusat dah tak mampu lagi.
    Lu pikir-pikirlah sendiri.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping