Selasa, Mei 17, 2016

Hehehe!!! Nampak gayanya, makin hari makin kuat pulak Si Hadi Awang ni menyindir parti serpihan PAS yang 'GHAIRAH' nak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Jika sebelum ini, Presiden PAS tu menyarankan agar pemimpin dari kalangan parti KUALI pimpinan Si Mat Sabu tu 'Ukur Baju Pada Badan Sendiri' sekiranya mereka nak bertanding.

Perkara itu memang satu saranan yang cukup wajar diberikan kepada parti KUALI Si Mat Sabu tu memandangkan mereka merupakan parti yang baru sahaja ditubuhkan lewat tahun lepas.

Malah jika dilihat dari satu sudut, parti KUALI pimpinan Si Mat Sabu tu bukan sahaja kurang dari segi kekuatan jentera diperingkat akar umbi. Bahkan kantung kewangan diorang pun kering.

Cuma diorang mengharapkan belas ihsan dari DAPigs selaku 'Abang Besar' yang menyalurkan dana kewangan untuk parti itu bergerak selain dari mengutip duit dari kalangan rakyat.

Moh kalau takde DAPigs yang memberikan sumber kewangan, mana lagi puak parti KUALI pimpinan Si Mat Sabu tu nak cari duit? Takkan pulak nak suruh Si Mat Sabu tu meminta sedekah ditepi jalan pulak?

Kalau diorang nak harapkan bantuan dari PKR, ianya cukup mustahil memandangkan parti KUALI Si Mat Sabu tu acap kali menentang pendirian yang dibuat oleh pimpinan parti itu sebelum ini.

Malah Mat Sabu sendiri dilaporkan pernah menghentak meja, membantah keputusan yang dibuat oleh Azmin Ali bagi menghalang parti KUALI pimpinannya bertanding dalam satu mesyuarat.

Jadi, memang patut sangat la Si Hadi Awang ni sekali lagi 'Menganjing' parti DAPigs dan parti KUALI pimpinan Si Mat Sabu tu dengan menyatakan bahawa mereka hanya boleh 'Berharap' sahaja. Kan kena sangat dengan nama Pakatan tu sekarang!!!
KUALA LUMPUR: Majlis Syura hari ini disahkan telah meluluskan senarai nama calon bagi mewakili parti PAS untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada pihak media pada petang Isnin. Bagaimanapun, Abdul Hadi berkata, nama-nama calon bagi dua kerusi parlimen itu akan diberitahu kemudian pada masa yang sesuai.

Ditanya sama ada PAS berharap agar Pakatan Harapan tidak meletakkan calon mereka pada pilihan raya kecil Jun depan, Abdul Hadi berkata, perkara itu terpulang kepada parti masing-masing.

Ketika ditanya sama ada PAS akan tetap bertanding sekiranya Parti Amanah Negara (PAN) atau PKR meletakkan calon mereka, Hadi hanya berkata:

“Kalau kita bertanding, PAS tak rugi. Sama ada menang atau kalah. Kalau menang, untung…kalau kalah, balik modal. BN kalau kalah, rugi. Kalau menang, balik modal. Parti lain boleh mengadu nasib,” katanya tanpa menghuraikan lebih lanjut tentang perkara itu.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Usah dipedulikan si PAN-tart tu. Depa tu taraf Pak Pacak DAPpigs saja.....

    BalasPadam
  2. Usah dipedulikan si PAN-tart tu. Depa tu taraf Pak Pacak DAPpigs saja.....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping