Rabu, Mei 25, 2016

Heh! Nampak gayanya isu kemelut Politik dalaman PKR tu pada ketika ini sudah tidak dapat disembunyikan dari dijadikan bahan perbualan dikalangan rakyat. Termasuk ahli PKR sendiri.

Jika sebelum ini, ada sesetengah pendapat menyatakan bahawa isu mengenai pendedahan whatsapp yang disebarkan berhubung isu 'Rasuah Betina' itu adalah untuk mengaburi mata rakyat.

Ada juga yang kata, isu itu sengaja dibangkitkan bagi menutup kemaluan PKR yang GAGAL menambah bilangan kerusi dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak yang diadakan baru - baru ini.

Walau apa pun alasannya, pendedahan yang dibuat oleh Si Rafizi tu bukannya dapat menyelesaikan masalah. Sebaliknya, ia hanya menambah - burukkan lagi persepsi rakyat terhadap PKR.

Kalau selama ini, itu semua hanya pandangan yang diberikan oleh Barisan Nasional. Tapi nampak gayanya, perkara itu juga turut menjadi persoalan dikalangan Pro Pakatan Haprak tu.

Mereka pula melihat, pendedahan yang dibuat oleh Si Rafizi itu hanya memburukkan lagi keadaan. Nak pulak bila Si Rafizi tu kata, pendedahan mengenai Rasuah Betina tu akan dirujuk kepada Wan Azizah.

Ramai dikalangan mereka yang berpendapat, tindakan Si Rafizi tu takkan sampai ke mana. Bagi mereka, sudah pasti Majlis Pimpinan Pusat (MPP) akan menolak pembentangan yang dibuat.

Alasan yang diberikan, barisan kepimpinan dalam MPP tu kebanyakkannya terdiri dari kartel Si Azmin yang selama ini menjadi penyokong kuat kepada Si Menteri Besar Selangor tu sendiri.

"Kalau betul Rafizi nak berperang dengan Azmin Ali dan berhajat untuk menang, tak cukup kalau sekadar bentangkan bukti dakwaan rasuah tu dalam mesyuarat PKR. Tambahan pula kalau bukti atau kesalahan tu melibatkan Azmin atau 'kartel' Azmin.
"Pasainya ahli mesyuarat PKR tu kalaupun tak dipenuhi oleh 'kartel' Azmin tapi aku yakin dikuasai oleh 'kartel' Azmin. Senang sangat kut untuk Azmin dan 'kartel' Azmin untuk pastikan apa juga perancangan dan gerakan yang Rafizi buat tu gagal.
"Macam tu jugak, tak cukup sekadar melaporkan kepada SPRM. Realitinya dah berapa banyak laporan dibuat kepada SPRM tapi senyap setakat tu sahaja." jelas salah satu blog Pro Pakatan.
Nah! Itu membuktikan bahawa tindakan yang dilakukan oleh Si Rafizi tu hanya sia - sia belaka. Dan yang tambah menghairankan kita, kenapa Si Rafizi tu tak nak buat laporan kepada SPRM?

Apa yang jelas, tindakan yang dilakukan oleh Si Rafizi tu bukan sahaja mencemar imej PKR secara terbuka. Bahkan dia juga turut memalukan parti itu yang selama ini menganggap diri mereka MAKSUM dan tegar memperjuangkan Keadilan!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping