Ahad, Mei 15, 2016

Nampak gayanya, belum pun Si Azmin tu berjaya nak mencapai cita - cita dia untuk menjadi Perdana Menteri, orang yang ada disekeliling dia sendiri pun dah tak pedulikan arahan yang diberikan.

Malah lebih teruk dari itu. Ada juga yang sanggup mengingkari arahan yang jelas dan nyata yang telah dikeluarkan bagi menghalang mana - mana pihak bertanding di dua PRK Sungai Besar dan Kajang kecuali PAS.

Dengar katanya, puak Pakatan Haprak tu akan tetap juga meletakkan calon mereka dalam dua Pilihan Raya Kecil pada 18 Jun ini meskipun ianya tidak dipersetujui oleh Si Azmin tu sebelum ini.

Presiden parti Kuali, Si Mat Sabu berkata dalam satu kenyataan hari ini, tiada sebab untuk Pakatan Haprak tu untuk tidak meletakkan calon dan bertanding di dua kawasan berkenaan.
“Kita akan meletak calon sama ada dari DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau PAN,” katanya dalam satu majlis malam tadi.
Mat Sabu turut menegaskan tiada sebab untuk membiarkan PAS sahaja parti pembangkang yang bertanding di kedua-dua kerusi berkenaan memandangkan PAS bukan sebahagian dari Pakatan.

Menurut kata Si Mat Sabu lagi, PAS pada ketika ini bukan berada dalam Pakatan dan jika parti itu hendak bertanding pada PRK tersebut itu adalah hak PAS. Ianya tiada kena mengena dengan mereka.

Beberapa pemimpin PAN sejak beberapa hari lalu mengingatkan pucuk pimpinan Pakatan Haprak tu bahawa parti itu akan tetap bertanding kerana PAN menggantikan PAS dalam Pakatan Harapan.

Mereka menegaskan bahawa PAS bukan lagi parti sebahagian dari Pakatan Haprak tu maka adalah tidak wajar Pakatan Harapan tidak meletakkan calon di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

PAN turut melahirkan kekesalan ke atas seorang pemimpin PKR yang cuba menghalang Pakatan Harapan bertanding di kawasan terbabit kerana mahu memujuk PAS menyertai Pakatan Harapan.

Pemimpin PKR yang dimaksudkan dipercayai Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang mahu memujuk PAS kembali menyertai gabungan parti pembangkang kerana bimbang kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor boleh terjejas tanpa sokongan PAS.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping