Sabtu, Mei 28, 2016

Sama ada mahu terima atau pun tidak, itulah realitinya. Benda yang sama sudah kita jelaskan selama hari ini. Tapi diorang tak nak percaya. Diorang masih nak juga memper-BODOH-kan diri.

Maka ianya adalah satu yang amat berani dan dalam masa yang sama, sangat memalukan apabila mereka akhirnya terpaksa mengakui ke-BODOH-an yang telah dilakukan sebelum ini.

Dari satu sudut, kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PAS ini jelas membuktikan bahawa dia cukup kecewa dipermain - mainkan oleh pemimpin PKR yang merasa diri mereka besar.

Jika selama hari ini, semua orang dapat melihat PAS hanya dipergunakan oleh PKR demi untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi parti keluarga Si Ketua Penipu tu semata - mata.

Dan kini, PAS terus diperkotak - katikkan oleh Timbalan Presiden PKR yang mula menjadi rakus dan ghairah mahu memenuhi impian serta cita - cita peribadinya untuk menjadi Perdana Menteri.

Maka sebab itu kita lihat, Si Timbalan Presiden PKR merangkap Menteri Besar Selangor tu sanggup memberi kata dua yang berbaur ugutan kepada PAS agar tunduk kepada kemahuannya.

Malah, apabila perkara itu ditolak dan tidak diterima melalui rundingan yang telah dijalankan sebelum ini, Timbalan Presiden PKR tu telah MENGHINA Presiden PAS secara terbuka.

Jadi, kita tak heran la sekiranya Presiden PAS ni pun dah merasa muak dengan permainan Politik Retorik yang cuba mempermainkan parti itu oleh PKR dengan sewenang - wenangnya.

Bahkan Presiden PAS itu bukan sahaja melabelkan PKR sebagai sebuah parti yang TAMAK, tetapi turut menganggap PKR sebagai sebuah parti yang suka ambik kesempatan terhadap orang lain.
“Terang-terang saya sebut, banyak pilihan raya kita beri kepada rakan kita ini (PKR). Masa pilihan raya, dia datang, lepas pilihan raya, dia tak datang, jadi orang PAS yang bekerja.

“Sudah berapa kali pilihan raya, orang PAS yang bekerja kuat kerana PAS bekerja sepanjang masa. (Tetapi) apabila tiba pilihan raya, dia datang, nak kawasan (bertanding). Ini bukan sahaja di Sungai Besar dan Kuala Selangor sahaja, kawasan lain pun begitu juga,”katanya kepada pemberita.
Apa yang jelas, tindakan yang dilakukan oleh PKR tu ternyata telah mengecewakan Hadi Awang secara peribadi. Selama hari ini, PAS jugak yang bantu diorang mencapai kemenangan. Tapi rupanya, parti itu hanya dianggap ibarat 'Pelacur' kepada PKR!!!
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping