Heh! Nampak gayanya tindakan BIADAP yang dilakukan oleh Timbalan Presiden PKR terhadap Hadi Awang ternyata telah membangkitkan kemarahan sesetengah pemimpin dikalangan PAS.
Salah seorang yang tampil meluahkan kekecewaan terhadap penghinaan terbuka yang dibuat oleh Si Menteri Besar Selangor tu terhadap Presiden PAS ialah Ketua Pemuda parti itu sendiri.
Nik Abduh yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Putih itu dalam status yang dimuat - naik dalam laman Facebook miliknya hari ini mendakwa tindakan Azmin itu sebagai 'Jahil dan Kurang Ajar'.
"Ada juga orang politik kata, ada presiden parti tak tahu apa pun hal partinya. Biasa yang saya dengar ialah ada orang jahil atau kurang ajar kata ulama tu tak tahu apa pun pasal ugamanya (agamanya),” katanya yang dipetik melalui laman sosial Facebook.
Dalam kenyataan sebelum ini, Si Timbalan Presiden PKR itu berkata, Hadi tidak mengetahui perkembangan parti berhubung isu calon di kerusi Pilihan Raya Kecil Sungai Besar.
Kata Si Menteri Besar Selangor tu lagi, sebaik saja pengumuman mengenai dua pilihan raya kecil yang akan diadakan 18 Jun depan, pihaknya telah bertemu dua kali dengan kepimpinan PAS.
Kenyataan yang dibuat itu bukan sahaja memperlekehkan Presiden PAS secara terbuka. Malah ianya juga memang wajar dianggap sebagai satu bentuk Penghinaan kepada seluruh jentera PAS.
Walaubagaimana pun, persoalan utamanya pada ketika ini ialah mengenai sama ada PAS menerima cadangan yang telah diberikan sewaktu pertemuan itu diadakan atau pun sebaliknya.
Adakah PAS sanggup untuk berundur dan memberikan laluan kepada parti lain untuk bertanding dikawasan Parlimen tersebut sedangkan mereka menganggap ianya kerusi tradisi mereka selama ini?
Jangan pulak lepas ni, bila semua orang dah kecoh dan pengikut PAS pun dah naik angin, Si Azmin tu nak bagi alasan kononnya pihak media pulak yang dah salah tafsir kenyataan yang dibuat. Kalau itu alasan yang diberikan, nampak sangat la Si Azmin ni yang BACUL!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.