Isnin, Mei 16, 2016

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor di dalam mesyuaratnya yang diadakan pada 10hb Mei telah bersetuju sebulat suara bahawa PAS Selangor tidak akan bersama di dalam program yang melibatkan Tun Dr Mahathir di Stadium Malawati pada 14hb Mei ini.

Sehubungan itu, Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor juga memutuskan agar Pesuruhjaya PAS Selangor tidak dibenarkan hadir dan ahli tidak dikerah ke program tersebut.

PAS Selangor mengingatkan rakyat bahawa kebejatan dan kemudharatan yang berlaku pada hari ini terjadi kerana pemusatan kuasa kepada Perdana Menteri, hasil warisan daripada pentadbiran Tun Dr Mahathir.

Selain itu, PAS Selangor mengingatkan juga bahawa agenda Tun Dr Mahathir adalah menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan bukannya pemulihan keseluruhan sistem dan keadaan negara.

Pendirian yang sama juga turut dikongsi oleh Presiden PKR, Wan Azizah yang sehingga hari ini masih enggan bekerjasama dengan Tun Mahathir bagi menjayakan gerakan deklarasi rakyat.

Bagi Wan Azizah, tindakan Tun yang membelakangi perjuangan dasar PKR untuk membebaskan Anwar dari penjara merupakan dendam peribadi bekas Perdana Menteri Malaysia itu.

Bahkan bagi segelintir penyokong tegar Anwar juga menyifatkan deklarasi yang diketuai oleh Tun Mahathir itu hanya satu usaha yang sia - sia belaka kerana ia tidak dibuat secara menyeluruh.

Menurut kata mereka, reformasi dari segi pentadbiran Negara perlu dilakukan dan tidak hanya sekadar mengubah pemimpin serta menjatuhkan YAB Perdana Menteri semata - mata.

Walaubagaimana pun, masih ada segelintir pemimpin PKR sendiri yang engkar terhadap pendirian Presiden parti dan dilihat semakin taksub dengan gerakan yang diketui oleh Tun Mahathir demi untuk memenuhi kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping