Jumaat, Mei 06, 2016

Heh! Takut Si Husam ni terlalu jauh terlanjur membuat dosa dan menjadi Pengkhianat kepada parti serta Bai'ah yang telah dibuat sebelum ini, PAS akhirnya mengambil keputusan memecat keahliannya.

Ianya berikutan beberapa siri tuduhan dan dakwaan liar yang telah dilemparkan oleh Si Husam Musa tu terhadap kepimpinan parti tanpa menampilkan sebarang bukti yang kukuh.

Bahkan sejak kehilangan jawatan dalam saf kepimpinan parti sewaktu pemilihan yang lalu, Si Husam tu juga kerap kali menyerang pentadbiran Rejim PAS Kelantan dengan pelbagai spekulasi.

Ekoran tindakan yang telah dilakukan itu membuatkan PAS menyedari pengkhianatan yang dilakukan oleh Si Husam ini perlu dihentikan supaya dia tidak terus melakukan dosa terhadap dirinya sendiri.

Ada baiknya juga PAS pecat keahlian Si Husam ni. Kot kalau dia ada dalam parti pun selama hari ini, bukannya dia memberikan sebarang faedah kepada dasar perjuangan parti tersebut.

Sebaliknya, Si Husam tu lebih banyak memalukan parti dengan idea - idea 'Terlajak Bodoh' berkaitan beberapa Projek Mat Jenin yang diketengahkan sehingga diberi nama jolokan 'ADUN Batu Asas'.

Nama itu diberikan sewaktu Si Husam Musa tu memegang jawatan Exco Kelantan yang telah merasmikan beberapa projek Gajah Putih yang akhirnya meninggalkan 'Batu Asas' sahaja.

Jadi, ada lebih baik Si Husam tu dipecat sebelum dia menambahkan lagi koleksi kemaluan PAS dimasa akan datang. Bak kata pepatah orang tua - tua, Si Husam ni ibarat, "Ada Pun Tak Guna, Takde Pun LAGI BAIK!!!". 
SHAH ALAM – Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dipecat daripada menjadi ahli Pas berkuat kuasa 23 April lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Pas, Dr Sanusi Daeng Mariok berkata, Jawatankuasa Tatatertib Pas telah meneliti aduan salah laku terhadap Husam dan setelah mempertimbangkan kes dari setiap aspek, satu perbincangan telah diadakan di peringkat jawatankuasa pada 23 April lepas.


“Melalui perbincangan itu, Jawatankuasa Tatatertib Pas mendapati beliau (Husam) telah melakukan tindakan dan perbuatan yang bersalahan dengan Fasal 82(1)(b), (c), (d), (e) dan (f), Perlembagaan Pas, maka Jawatankuasa Tatatertib dengan sebulat suara bersetuju untuk memecat beliau daripada menjadi ahli Pas,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Kaki yg busuk dibaham kenching manis serius dipotong saja...nak protect anggota2 badan yg lain

    BalasPadam
  2. elok benar la tu....klu sekadar jdi pemimpin 'batu asas' je memang menyusahkan.

    BalasPadam
  3. Saya ada bersembang dgn adun pas, dia mengaku Dap ada sebidang tanah di Kelantan. Tetapi adakah ianya hasil penipuan hussam terhadap kerajaan Kelantan atau tidak, adun tersebut tiada maklumat. Boleh tak semut hitam tolong selidik? Saya ada dengar hussam mengubah minit mesyuarat exco utk memberi sebidang tanah di Kelantan kepada ngah kor meng Dap supaya Dap sokong nizar jadi mb perak. Dan dengar cerita tgna amat kecewa dgn tindakan hussam ini.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping