Sabtu, Mei 14, 2016

Wow! Ingatkan DAPigs dan PKR je yang suka guna taktik keluarkan arahan suruh ahli jangan bercakap ni sebab Takut timbul konflik tak tentu arah berkaitan dengan isu - isu sensitif parti tu.

Rupanya PAS pun buat benda yang sama jugak ye? Suka halang ahli dari bercerita pasal isu - isu parti secara terbuka. Itu membuktikan yang diorang ni Takut pada Bayang - Bayang sendiri.

Dek kerana takut berlaku pertembungan dan menjejaskan hubungan parti tu dengan PKR, maka satu bentuk arahan terbuka telah dikeluarkan oleh pimpinan PAS berhubung isu Pilihan Raya Kecil.

Katanya, semua pemimpin PAS telah diminta agar tidak membuat sebarang kenyataan secara terbuka berhubung isu Pilihan Raya Kecil (PRK) di kawasan Sungai Besar atau Kuala Kangsar.

Naib Presiden PAS merangkap Exco Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata, perkara itu telah diputuskan dalam satu Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja Kerja PAS Pusat yang diadakan malam tadi.
“AJK PAS Pusat mengarahkan agar tiada kenyataan dikeluarkan oleh pimpinan PAS tentang PRK Sungai Besar atau PRK Kuala Kangsar sehingga satu kenyataan rasmi dikeluarkan.
“PAS Selangor menghormati keputusan ini dan akan mengarahkan pimpinan dan ahli-ahlinya mematuhi arahan ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Justeru, PAS Selangor menganggap sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana pimpinan PAS adalah kenyataan peribadi mereka yang tidak ada kena mengena dengan PAS atau PAS Selangor.

Secara tidak lansung, arahan itu menunjukkan bahawa PAS lebih tunduk kepada desakan orang luar berbanding suara dikalangan ahli - ahli parti sendiri yang ingin menyatakan hasrat mereka.

Jadi, kalau nak kata PAS sekarang ni dah 'BEBAS' dari cengkaman mana - mana pihak pun tak boleh juga. Hakikatnya, PAS pada ketika ini masih lagi dipegang 'Anunya' oleh pihak yang tertentu sampai pemimpin nak buat kenyataan pun tak boleh!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Setuju dengan semut hitam. Pas seolah-olah terkong2 dalam membuat sesuatu keputusan. Sebagai contoh, isu nak berbaik dgn umno, perkara yg cukup baik samada dalam kontek org melayu mahupun kehendak syarak. Tapi pas takut dikatakan......" betullah dakwaan sebelum ini yg mengatakan pas nak ug dgn umno ". Bodoh dak pas? Ya. Bodoh pada pandangan saya kerana isu di canang oleh Dap dan Pan. Apa peduli pandangan diorang, tidak ada sebab utk takut dgn mereka.

    BalasPadam
  2. biarlah pas ambil jalan berhati hati spya tak jdi mngsa permainan politik pihak lain spt sebelum ini.

    BalasPadam
  3. IKUT SUKO KAWE KUBA KAWE,NOK GALO MALE KO NOK GALO SIYE.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping