Sebelum Pilihan Raya Negeri Sarawak, senarai dokumen projek - projek mega yang diluluskan di bawah pentadbiran MB Azmin Ali di Selangor terdedah kepada umum melalui SAMM.
Ternyata banyak projek yang telah diluluskan dengan nilai yang tidak munasabah dengan cara yang amat meragukan. Namun pendedahan dokumen ini telah ditangguh sehingga selesai PRN Sarawak.
Sebelum ini SAMM telah membuat beberapa pendedahan yang masih belum dijawab, antaranya ialah mengenai projek ubah suai ringan pintu gerbang dengan kos bernilai hampir RM10juta.
Hanya jawapan selamat diberi kononnya projek ini adalah dari wang penderma yang didahulukan kosnya oleh kerajaan negeri, malah salah seorang Adun PKR selangor jawab kononnya ia kehendak istana.
MB Selangor itu juga gagal memberikan perjelaskan apa kepentingan wang rakyat sebanyak RM65.03j dibazirkan untuk ubah suai Masjid Shah Alam seperti kerja ganti kubah dan pejabat masjid.
Apabila isu tersebut dibangkitkan oleh pihak wartawan dan media, Azmin marah dan suruh wartawan menjawab dengan tuhan dengan alasan kononnya nak ganti kubah mahal untuk bela syiar islam.
Sedangkan Pakatan sendiri sebelum ini pernah mengkritik pembaziran yang telah dilakukan dalam pembinaan Masjid Kristal di Terengganu. Dan hari ini, Azmin mengulangi benda yang sama.
Persoalannya, berapa banyak institusi Islam, sekolah-sekolah agama, pusat ilmu dan kebajikan Islam yang mampu terbela dengan jumlah wang RM69.04 juta, daripada hanya disalurkan ke sebuah masjid?
Kemudian SAMM mendedahkan pula pemberian kompartmen balak kepada dua syarikat tanpa tender terbuka. Satu syarikat bertaraf “enterprise” (bukan sdn bhd) telah diberi tanpa tender terbuka hak membalak bernilai puluhan juta ringgit.
Bila dipersoal azmin cuba cuci tangan kononnya dia tak terlibat malah dia menipu dalam media pada awalnya dengan mengatakan pemberian balak itu melalui tender terbuka. Pendedahan SAMM juga dijawab oleh salah seorang exco selangor dengan ugutan saman.
Terbaru, SAMM dikatakan telah mendapat dokumen satu lagi projek di bawah tajuk “Cadangan menyiapkan tempat letak kereta perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam”.
Projek ini diluluskan kepada sebuah syarikat dengan nilai sebanyak RM43juta. Soalnya apakah relevannya RM43juta dibazirkan hanya untuk menyiapkan Tempat Parking sebuah perpustakaan?
Lebih jenaka lagi melalui carian di media, perpustaan itu sendiri disiapkan hanya dengan kos RM60 juta sahaja (sebelum Azmin MB). Ini membawa maksud tempat letak kereta hampir sama harga dengan perpustakaan?
Kegilaan seumpama ini harus dihentikan. Dalam simpanan kami ada banyak lagi projek mengarut membazir dengan nilai amat tidak munasabah. Sampai bila perkara ini harus diteruskan?
Oleh yang demikian, Azmin selaku Menteri Besar telah dituntut untuk menjelaskan butiran perbelanjaan projek yang diluluskan dari pintu gerbang (RM9.7j), ubah suai Masjid Shah Alam (RM69.04j) dan terbaru tempat letak kereta perpustakaan RaTU, Shah Alam.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.