Rentetan dari pendedahan yang dibuat sebelum ini, ramai ahli dan pemimpin PKR dipelbagai peringkat dilihat mula berbalah sesama sendiri berhubung isu 'Surat' dari Si Ketua Penipu tu.
Ada yang mendakwa, pendedahan yang dibuat melalui laman Facebook milik AMK Pulau Pinang sebelum ini adalah palsu dengan alasan ianya dibuat oleh pihak yang 'Tidak Diketahui'.
Apa yang lebih menarik, kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Presiden PKR ni sendiri membuktikan bahawa dia sememangnya BEBAL tak tentu arah bila tampil menafikan pendedahan tersebut.
Kata Si Sam Ketot, surat panjang lebar yang didedahkan melalui laman status Facebook itu adalah tidak benar memandangkan dan menegaskan bahawa Si Ketua Penipu tu 'Konsisten' menyokong deklarasi Tun Mahathir.
"Anwar ini banyak surat. Kita tak tahu surat yang mana satu yang dimaksudkan oleh AMK yang tidak bernama ini. Saya harap kalau betul ia dari AMK Pulau Pinang, pihak admin harus ambil tindakan segera supaya betulkan persepsi yang mungkin akan timbul secara negatif terhadap apa sahaja ikhtiar atau usaha kita untuk berlawan dengan perdana menteri sekarang dan gesa beliau undur," kata dia lah...
Secara tidak lansung, itu membuktikan bahawa Si Sam Ketot tu sendiri tak tau apa - apa yang berlaku dalam partinya sendiri sehinggakan kewujudan surat panjang lebar tu pun dia tak pasti.
Ianya kerana kenyataan Si Sam Ketot tu telah dinafikan oleh Setiausaha Agung PKR, Si Rafizi Ramli yang menjelaskan bahawa surat panjang lebar dari Si Ketua Penipu tu memang wujud.
Malah, Presiden PKR tu sendiri pun turut mengakui bahawa kewujudan surat itu adalah benar dalam satu ucapan ringkas yang disampaikan sewaktu Program Jelajah Semarak Kasih di Permatang Pauh.
"Antara kata-kata Kak Wan dalam beberapa ucapan ringkasnya dalam program Jelajah Semarak Kasih di Parlimen Permatang Pauh semalam 14 Mei 2016..
Beliau menyampaikan pesanan dari DSAI.. Katanya DSAI berpesan supaya pimpinan waspada dengan muslihat Mahathir-Daim dengan memetik kata-kata Shakespeare.. "Beware the serpent that stings now wears the crown... "
Nah! Persoalannya sekarang, adakah Si Sam Ketot tu cuba nak mendakwa bahawa kenyataan dari Wan Azizah itu adalah palsu dan pengakuan dari Si Rafizi tu adalah penipuan semata - mata?
Ianya adalah sesuatu yang Sangat Mustahil sekiranya Si Sam Ketot tu sendiri tidak memahami pendirian yang telah ditonjolkan oleh Wan Azizah selaku Presiden PKR tu sendiri selama ini.
Bukan ke Si Wan Azizah dan keluarga Si Ketua Penipu tu konsisten menolak sebarang kerjasama dengan Tun Mahathir yang mereka anggap mempunyai matlamat peribadi semata - mata?
Satu pesanan ringkas buat Si Sam Ketot. Sebelum nak buat sebarang kenyataan tu, semak dulu dengan mereka yang berada diatas. Jangan jadi macam 'Katak Dibawah Tempurung' yang akhirnya akan membuatkan dia hilang kemaluan tak tentu arah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.