Isnin, Mei 23, 2016

Hahaha!!! Nampak gayanya, perbalahan dan perpecahan dalaman parti yang selama ini menganggap diri mereka 'Maksum' dari orang lain tu dah semakin ketara dan bertambah meruncing.

Jika sebelum ini, perbalahan itu hanya dapat dilihat secara samar - samar apabila kartel Timbalan Presiden mula mengatur langkah membayangi pengaruh Presiden parti itu secara subversif.

Tidak cukup setakat itu sahaja. Malah pendedahan demi pendedahan mengenai kepincangan dalam kepimpinan parti itu juga semakin terserlah dikhalayak ramai untuk tontonan umum.

Kalau sebelum ini, satu kiriman dari perbualan diantara pimpinan parti itu melalui aplikasi Whatsapp menarik perhatian pelbagai pihak apabila Si Rafizi tu mendakwa berlakunya 'Rasuah Perempuan'.

Kiriman Whatsapp itu kemudiannya menjadi bualan hangat dikalangan rakyat terutama didalam laman media sosial memburukkan imej parti dan membuatkan Si Rafizi tu kini mula mendiamkan diri.

Sekarang, satu lagi mengenai perbalahan dikalangan pemimpin PKR itu mula mendapat perhatian apabila dilaporkan bahawa Si Rafizi tu bergaduh dengan Tipah Koyak berhubung beberapa isu.

Katanya, Si Rafizi tu telah melabelkan Si Tipah Koyak tu sebagai seorang 'Peguam Pengecut' kerana enggan berdebat dengannya dan membiarkan Si Tipah Koyak tu 'Melalak' seorang diri.

Laporan mengenai pergaduhan diantara Si Rafizi dengan Si Tipah Koyak itu telah dimuat - naikkan melalui laman portal Free Malaysia Today dan menjadi isu hangat dikalangan pengguna media sosial.
"Bagaimanapun, Latheefa membalas bahawa Rafizi telah menarik balik debat antara mereka dan mengarahkan Rafizi untuk menyusun debat berdasarkan topik-topik yang dibincangkan.
"Latheefa juga mendakwa Rafizi akan menjadi orang yang paling ‘bodoh’ di negara ini," lapor FMT.
Walaubagaimana pun, laman portal itu tidak menyiarkan paparan 'Screen Capture' pergaduhan yang dimaksudkan. Ianya sedikit sebanyak telah menimbulkan keraguan dikalangan pembaca.

Bagi sesetengah pihak, mereka berpendapat laporan itu hanya sekadar satu rekaan semata - mata bagi menutup kepincangan serta kemaluan PKR yang telah terdedah kepada umum sebelum ini.

Tapi persoalannya, adakah puak PKR tu terlalu BODOH sehingga menganggap rakyat Malaysia ni akan mudah terperdaya dengan wayang 'Politik Retorik' mereka sedemikian rupa?

Jika benar semua itu hanya sekadar lakonan puak PKR ni semata - mata, maka ianya membuktikan bahawa mereka bukan sahaja cuba nak memperlekehkan pengetahuan rakyat Malaysia. Tetapi turut membuka pekung mereka sendiri dikhalayak ramai!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping