Heh! Nampak gayanya isu berkaitan dengan pendedahan mengenai salah guna kuasa dan penyelewengan yang melibatkan Rejim Pakatan Selangor tu semakin bertambah hangat pada ketika ini.
Nak pulak yang ada hubung-kait dengan isu 'Rasuah Betina' yang didedahkan oleh Si Rafizi tu sebelum ini. Walaupun dia dah buat laporan kepada pihak SPRM, tapi masih ada juga yang tak puas hati.
Jangan salah sangka pulak. Yang tak puas hati tu bukan sebab dia dari kalangan kartel Azmin atau Pemakan Dedak yang menjadi penyokong tegar kepada Si Menteri Besar Selangor tu.
Sebaliknya, blogger dari kalangan Pakatan Haprak tu rasa tak puas hati sebab Si Rafizi tu tidak mendedahkan butiran mengenai laporan yang telah dibuat kepada SPRM secara umum.
Bagi blogger tersebut, Si Rafizi tu perlu mendedahkan bukti serta bahan dakwaan yang dibuat terhadap pendedahan tersebut kepada rakyat sebelum dia membuat laporan kepada pihak SPRM.
Alasan yang diberikan, pendedahan secara terbuka berhubung isu itu boleh memberikan peluang kepada rakyat untuk menilai dan memastikan sama ada ianya betul atau pun sebaliknya.
Namun malangnya, kata blogger tersebut, alasan yang telah diberikan oleh Si Rafizi tu benar - benar mengecewakan. Rafizi guna alasan, tak boleh nak dedahkan butiran mengenai isu tersebut.
"Saya tertakhluk kepada kerahsiaan setelah laporan dibuat. Situasi ini mengecewakan kerana saya sebagai ahli PKR memfailkan laporan melibatkan ahli parti sendiri," tambah Rafizi.
Nah! Sekarang baru kita nampak 'Game' yang cuba dimainkan oleh Si Rafizi tu. Dia hanya sekadar cuba nak mengelirukan rakyat mengenai dakwaan serta tuduhan yang telah dilakukan.
Dan dalam hal ini, kita setuju dengan kenyataan yang dibuat oleh blogger Pro Pakatan ni yang menganggap tindakan Si Rafizi tu seolah - olah cuba nak sembunyikan sesuatu dari rakyat.
"Aku yakin Rafizi takdak masalah untuk dedahkan bukti tu walaupun mungkin melibatkan Akta Rahsia Rasmi. Dengan Najib dan kerajaan Malaysia pun Rafizi berani tanggung risiko takkan setakat Kerajaan Selangor Rafizi nak takut.
"Kalau bukti yang Rafizi ada tu cukup kuat Azmin takkan boleh buat apa-apa dan dengan 'kuasa' akarumbi yang cukup kuat ada dalam PKR, Rafizi akhirnya boleh dapat kemenangan mutlak dalam perang dengan Azmin tu.
"Itu pun kalau Rafizi ikhlas nak perjuangkan rakyat laa, tapi kalau Rafizi lebih berminat setakat nak perjuangkan PKR lagi elok Rafizi pi cium tangan Azmin, minta maaf dan lepas ni terus kipas bontot Azmin," ulas blogger tersebut.
Jadi, tak salah kalau kita kata, ada kemungkinan jugak Si Rafizi terpaksa 'beralah' dengan Azmin kali ni dengan menyerahkan semua bukti - bukti tu kepada pihak SPRM tanpa mendedahkannya kepada umum untuk memastikan kedudukan dia 'selamat' dalam PKR!!!
RASUAH MEMBAWA KETEGANGAN
BalasPadamParti Ketegangan Ramai kah kah kah
Itu pasallah mereka bergaduh. Mereka mengalami ketegangan urat
BalasPadamUlangtayang 'game' dalam PKR.
BalasPadamParti Khidmat Ranjang