Heh! Siapa sangka. Dalam kemelut yang sedang melanda puak PKR tu pada ketika ini, rupanya Si Ketua Penipu tu dah lama merancang untuk menyingkirkan Azmin dari parti tersebut.
Melalui pendedahan yang dibuat oleh laman portal FMT sebelum ini, kisah perbalahan diantara keluarga Si Ketua Penipu tu dengan kartel Azmin sudah lama kedengaran didalam PKR.
Namun, perbalahan itu cukup pandai disembunyikan oleh PKR dan tidak menonjolkannya secara terbuka. Tetapi kini habis semuanya dibangkitkan semula dan menjadi tatapan umum.
Dari salah satu artikel yang disiarkan FMT, Si Ketua Penipu tu katanya memang dah lama menyimpan hasrat untuk menyingkirkan Azmin terutama selepas selesai agenda perlaksanaan Langkah Kajang.
Ianya berikutan tindakan Azmin yang dilihat sudah mula melangkau keputusan yang dibuat oleh PKR untuk menghantar satu nama sahaja sebagai calon Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Khalid Ibrahim.
Dari apa yang kita ketahui sebelum ini, Si Azmin tu dilaporkan telah melobi dirinya sendiri sebagai Menteri Besar Selangor dengan menggunakan pengaruh PAS bagi merampas jawatan tersebut.
Walhal, keputusan pucuk pimpinan PKR sebelum ini sudah pun mengesahkan bahawa mereka hanya akan menghantar nama Wan Azizah selaku calon tunggal bagi menjawat jawatan tersebut.
Tindakan Azmin yang dianggap 'Main Belakang' itu telah membangkitkan kemarahan Si Ketua Penipu tu sehingga membuatkan dia mula merancang untuk menyingkirkan Timbalan Presiden PKR itu.
Perencanaan yang digariskan oleh Si Ketua Penipu tu meliputi usaha untuk menidakkan lantikan DYMM Sultan Selangor dan Undi Tidak Percaya terhadap Si Azmin tu dalam sidang DUN.
Namun malangnya, apa yang direncana oleh Si Ketua Penipu itu tidak kesampaian kerana dia telah disumbatkan ke dalam penjara kerana didapati bersalah meliwat bekas Pembantu Peribadinya.
Mungkin kerana menyedari wujudnya perancangan Si Ketua Penipu itu membuatkan Azmin kini mula berubah arah dan mencari dahan lain untuk dia berpaut bagi merealisasikan impiannya.
Jadi, tak heran la sekiranya Si Azmin tu sanggup dilihat sebagai Pengkhianat kepada perjuangan PKR dan berani mengengkari arahan dari pucuk pimpinan parti yang Pro Wan Azizah dan menyokong deklarasi Tun Mahathir bagi menjaga kepentingan Politik Peribadinya sendiri!!!
Min tak kisah, boy boi bo ada boleh tolong min jadi pm.papa dah tak releven lagi, refomasi dah basi.
BalasPadamAzwan tunggu nasi minyak kau eattwo, selamat hari raya idul fitree maaf zahir baatinnnn.
BalasPadamKAHKAHKAH.........Tak sangka cempedak menjadi NANGKA.
BalasPadamRupa-rupanya SEMUT HITAM ni penyokong Anwar Al-jub!!!!!
Aku tetap sokong Azmin
BalasPadam