Ahad, Mei 22, 2016

Selepas menempelak kenyataan Jahil dan Kurang Ajar yang dibuat oleh Si Menteri Besar Selangor sebelum ini, anak kepada Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz ni semakin 'Garang'.

Malah, sindiran yang dibuat semakin hari semakin 'Pedas' dan mampu untuk membuatkan puak Pakatan Haprak tu 'Panas Telinga' bila mendengar dan 'Merah Mata' membacanya.

Sasaran Nik Abduh kali ini lebih tertumpu kepada parti KUALI yang dipimpin oleh Si Mat Sabu tu dimana dia melabelkan perjuangan Islam yang dibawa oleh parti itu tidak sebaik PAS.

Katanya, keterampilan PAS membawa agenda mengikut acuan Islam yang bertunjangkan politik kesejahteraan berbanding parti KUALI Si Mat Sabu tu akan menjadi penentu keputusan di Sungai Besar, 18 Jun ini.

Menyuarakan keyakinan itu, Nik Abduh yang juga merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS berkata, parti KUALI Si Mat Sabu tu ketika ini berkecamuk dan leka berpolitik untuk menentukan hala tujunya.

Sehubungan itu, katanya, PAS akan tampil dengan wajah yang matang dan sejahtera, sekali gus membuka kaca mata pengundi di Sungai Besar mengenai perbezaan dengan parti serpihannya.
“Kita yakin PAS membawa Islam sebenar dan menyeluruh, justeru rakyat tidak akan keliru dengan ketegasan PAS berbanding PAN pada hari pengundian di Sungai Besar.
“Pembangkang (Pakatan Harapan) ketika ini sibuk berbalah dan memburukkan kerajaan sehingga mengetepikan kepentingan menjaga kebajikan rakyat, iaitu hal ehwal yang menyentuh kehidupan seharian.
“Menerusi rentak dan perkembangan ini, PAN tidak akan menggugat keutuhan kerusi tradisi PAS di Sungai Besar,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Ke-31, di sini, sebentar tadi.
Menyifatkan kebebasan bertanding di Sungai Besar sebagai hak demokrasi, Nik Abduh berkata, PAS mempertahankan pendiriannya untuk memenangi kerusi Parlimen berkenaan walaupun wujud calon ‘payung terjun’ daripada Pakatan.

Dalam erti kata lainnya, kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pemuda PAS itu membuktikan bahawa parti KUALI pimpinan Si Mat Sabu tu hanya sekadar pandai bermain Politik Retorik semata - mata. Sampai bila - bila la diorang takkan sedar diri!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Yang akan buat hal pada hari penamaan calun dan hari mengundi pada PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar nanti tidak lain tidak bukan adalah PAN,PKR dan DAP.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping