Selasa, Mei 31, 2016

Heh! Nampak gayanya usaha Azmin nak meracuni pemikiran pemimpin dikalangan puak PKR tu menyokong deklarasi Tun Mahathir terencat dengan tindakan yang dilakukan oleh PKR Wilayah ni.

Dengar katanya, kepimpinan PKR Wilayah telah mengambil keputusan untuk menarik balik sokongan mereka secara terbuka terhadap deklarasi yang diketuai oleh Bekas Pedana Menteri Malaysia itu.

Mungkin kepimpinan PKR Wilayah ni takut dengan kemurkaan Si Ketua Penipu tu sehingga menyebabkan mereka mula menggelupor dan mengambil tindakan diatas keputusan tersebut.

Dalam laporan yang disiarkan melalui Merosakkini sebelum ini, pimpinan PKR Wilayah telah menghantar satu surat rasmi kepada Wan Azizah bagi menyatakan sokongan mereka terhadap Presiden parti.

Antara lain, surat dari PKR Wilayah turut menggariskan beberapa ketetapan termasuk menolak sebarang kerjasama menyokong agenda deklarasi yang direncanakan oleh Tun Mahathir.
-  Menyokong sepenuhnya Wan Azizah sebagai pemimpin utama parti itu.
-  Menolak penglibatan Mahathir dan Umno dalam gagasan Deklarasi Rakyat.
- Mengetepikan Deklarasi Rakyat dan terus menyokong gerakan reformasi untuk menyelamatkan Malaysia, menukar institusi kerajaan, dan membebaskan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengisytiharan PKR Wilayah itu muncul tiga hari selepas surat daripada Anwar kepada PKR yang memberi amaran kepada mereka tentang kerjasama dengan Mantan Perdana Menteri Malaysia itu.

Umum mengetahui bahawa keluarga Si Ketua Penipu tu yang dikepalai oleh Wan Azizah dan Nurul Izzah menolak sebarang bekerjasama dengan Tun Mahathir yang tetap dianggap 'Penzalim'.

Walaubagaimana pun, masih ada dikalangan pemimpin PKR yang taksub dan terlalu Ghairah dengan agenda deklarasi Tun Mahathir itu, terutama sekali Timbalan Presiden PKR tu.

Namun apa yang jelas, tindakan yang dilakukan oleh PKR Wilayah ini membuktikan bahawa puak Pakatan Haprak tu tidak menyokong sepenuh hati gerakan agenda deklarasi Tun Mahathir tu. Sebaliknya, mereka hanya mempergunakan Tun untuk dapatkan sokongan je!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Kesian... Makin caca makin marba puak2 lgbt oleh madey nie...hehehehe...
    Hrp2 lah aku punya particular tak kena curik utk sign sokong legasi 22 tahun...hehehe

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping