Isnin, Mei 30, 2016

Hehehe!!! Nampak gayanya, kemaluan Si Menteri Besar Selangor tu kini semakin terserlah apabila penipuan demi penipuan yang telah dilakukan sebelum ini didedahkan kepada umum.

Semuanya dek kerana 'kelantangan' mulut dia yang celupar mengakibatkan Si Menteri Besar Selangor ni terjerat dalam polemik Politik Retorik yang cuba direncanakan sebelum ini.

Hari tu, dia sendiri juga yang mendakwa bahawa dia ada buat rundingan sulit dengan Timbalan Presiden PAS berhubung isu calon bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar.

Lepas tu, bila didedahkan bahawa dalam rundingan tersebut dia ada memberi kata dua yang berbaur ugutan kepada PAS untuk memecat Exco parti itu, mula la dia menggelupor tak tentu arah.

Kalau sebelum ini, boleh jugak dia menafikannya secara terang - terangan dalam satu sidang media. Tapi cubaan itu pun tak menjadi apabila ianya dibidas oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS.

Kali ini kita boleh baca sendiri kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Presiden PAS terhadap tindakan yang boleh dianggap sebagai BIADAP yang telah dilakukan oleh Si Menteri Besar Selangor tu.

Kata Timbalan Presiden PAS, isu berkaitan dengan kedudukan Exco PAS di Selangor itu memang ada dibincangkan. Namun dia tidak menganggap ianya sebagai satu 'Ugutan' atau pun 'Kata Dua'.
Istilah kata dua itu mungkin tidak begitu tepat. Cuma yang berlaku ialah, ada pandangan begitu,” katanya kepada Sinar Online dalam temu bual eksklusif, baru-baru ini.
Nah! Nampak sangat la Timbalan Presiden PAS tu hanya sekadar cuba nak 'Cover Line' bagi pihak Si Menteri Besar Selangor tu. Maka sebab itu dia keluarkan kenyataan sedemikian.

Kalau dia kata itu bukan satu 'Ugutan' atau 'Kata Dua', bagaimana pulak dia nak mendefinasikan perkara tersebut? Boleh pulak dianggap ianya hanya sekadar satu 'Perbincangan'.

Pokok pangkalnya, tindakan yang dilakukan oleh Si Menteri Besar Selangor tu membangkitkan soal nak menggugurkan Exco PAS tu membuktikan yang dia terdesak dan tidak menghormati PAS sebagai pihak yang pernah membantu dia sebelum ini!!!
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping