Ahad, Jun 19, 2016

Rasanya terlalu awal untuk PAS membuat kesimpulan dibawah. Tapi, nak buat macam mana ye tak. Dah diorang kalah. Jadi terpaksa la diorang menjustifikasikan kekalahan yang mereka hadapi.

Berdasarkan kepada keputusan - keputusan yang baru di keluarkan bagi kedua - dua kawasan PRK kali ini, Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP) menyimpulkan beberapa dapatan awal.
1. Isu-isu yang dibangkitkan berkaitan dengan 1MDB, Jet Peribadi Rosmah dan lain-lain, tidak berkesan untuk menarik sokongan mengundi parti-parti pembangkang.
2. Meskipun para pengundi rata-rata mengeluh dengan GST dan kenaikan kos hidup, ia tidak berjaya dimanfaatkan oleh parti pembangkang untuk terjemahkannya ke kertas undi.
3. PAS yang masuk kedua-dua PRK ini sebagai parti tunggal mempunyai kekuatan terasnya sendiri sehingga mendahului PH di Kuala Kangsar dan tertinggal sedikit dari PH di Sungai Besar.
4. Daripada peratusan undi yang PAS terima, menunjukkan kekuatan teras PAS menyumbang lebih 50% kepada sokongan terhadap Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13 yang lalu.
5. Semenjak dari PRK Teluk Intan, diikuti dengan PRN Sarawak dan kini 2 PRK di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, pengundi Cina dilihat kembali menyokong BN.
6. Keputusan seperti ini akan memberi ancaman kepada DAP untuk berhadapan dengan PRU ke 14, di mana mereka akan kehilangan banyak di kawasan majoriti Cina yang mereka tandingi.
7. Selain daripada itu, ia juga menjadi ancaman kepada PKR, sekiranya PAS masuk bertanding di kerusi-kerusi yang mereka menangi di Pantai Barat, kemungkinan mereka juga boleh kalah.
8. Keputusan ini juga menunjukkan pengaruh Tun Dr Mahathir tidak lagi signifikan di kalangan pengundi Melayu, malah semakin beliau terlibat dengan PH semakin hilang pengaruh beliau.
Ulasan mengenai keputusan Pilihan Raya Kecil yang diadakan bagi kedua - dua kawasan Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar ni kita buat esok. Sekarang biar BN nikmati hasil kemenangan diorang dulu. Kalau Mat Sabu nak menangis, itu dia punya pasal!!!
Categories: ,

12 ulasan:

  1. mat sabu tak dapat yam seng ngan dap sekincan.

    BalasPadam
  2. Pas akan mendapat lebih undi sekiranya haji Hadi tidak bersekongkol dgn Najib dan menyokong Tun M. Manakala Tun M tidak menyokong Pan yg didalangi oleh Dap. Pengundi tiada pilihan...tidak mahu mengundi Pan yg disokong ole Dap. Jika mengundi Pas pula tidak disokong oleh pengikutnya yg tidak bersetuju mereka berkerjasama dgn Umno. Pan pula tanpa sokongan Tun M mereka mungkin hilang deposit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak usah lah bagi alasan. Teri malah ketentuan Allah. Tak semua PAS buat betul & tak semua UMNO buat salah. Allah maha adil. PAS bersenkongkol dgn Najib tak boleh tapi PAS jilat DAP tak apa. Ini lah balasan jilatan PAS yg lampau

      Padam
    2. Kalau BN rasa dah kuat le ni, panggillah PRU 14 copat2 sikit. Aku dah tak tahan gian nak pangkah kertas undi ni.....

      Padam
  3. Semuanya tonggang langgang . . . musuh disana , sokong disini , menentang disini, menyokong di sana, Semuanya buat rakyat jadi pening.

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah PKR Pening Kepada Rakyat

      Padam
  4. Orang yg tak bersyukur saja yg suka menyalahkan org lain.

    BalasPadam
  5. Yg pasti rakyat majoriti tk pening sbb tu pilih BN hihihi

    BalasPadam
  6. Apapun kuasa ALLAH...lagi byk FITNAH oleh pr..lagi byk mereka kehilangan sokongan..rakyat sekarang buka jenis yg 'spoon feed'..kita ada mata boleh melihat, kita ada OTAK utk berfikir..lainle org yg tiada OTAK mcm pengikut PAN, PKR, DAPig..tu.yg IQ low..mkn dedak...

    BalasPadam
  7. Bn relax jer..yang tunggang langgang pembangkang yg x sehaluan..pembangkang di malaysia lebih pada politik maki hamun fitnah hasut etc..siapa yg nak sokong..bukan pembangkang yg membina..

    BalasPadam
  8. Setuju sangat2....tak semua PAS buat betul, tak semua BN buat salah, yang semua salah, yang semua tak betul adalah 3 Abdul...Abdul PKR, Abdul DAP dan Abdul PAN....ha...ha...ha.

    BalasPadam
  9. Rata rata kebanyakan rakyat Malaysia masih lagi dangkal berpolitik sekadar politik kedai kopi. Bagaimana pun jika peratus diperolihi pakatan harapan gabungan undi tiga parti adalah sangat sangat patut menjadi igauan pada kesemua gabungan terutama DAP dan PKR pada PRU 14 nanti

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping