Selasa, Jun 07, 2016

Haduhai!!! Apa la malang sungguh nasib Si Mat Sabu ni ye. Sibuk sangat dia berkempen memburukkan orang lain dengan melabelkan PAS sebagai sebuah parti yang tak boleh menang.

Tapi hakikatnya, dia sendiri pun kalau bertanding belum tentu boleh menang. Malah, dikalangan ahli parti KUALI yang dipimpin oleh Si Mat Sabu tu sendiri pun tak yakin dia boleh menang.

Parti itu sebelum ini telah membuat keputusan untuk memilih Si Mat Sabu ni sebagai calon yang mewakili Pakatan Haprak tu sebagai calon di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar. 

Namun, nama Si Mat Sabu ni tidak terpilih dan telah digugurkan daripada menjadi calon semasa keputusan penamaan calon didedahkan sebelum ini.

Sebaliknya, nama lain yang muncul untuk mengantikan Mat Sabu, calon tersebut adalah profesor fizik Dr Ahmad Termizi Ramli. 

Mungkin ahli PAN juga tidak yakin dengan kebolehan Mat Sabu kerana masih ada calon lain yang lebih layak atau Mat Sabu yang kurang bijak untuk menjadi pilihan ahli parti. 

Nampaknya, tak boleh la Mat Sabu nak berlagak jumpa calon PAS untuk merebut kerusi tersebut.
"Kita adakan perbincangan termasuk pandangan-pandangan NGO, mereka kata kalau boleh cari calon bukan bekas pemimpin Pas lawan Pas “, katanya..
Selain itu, dendam Mat Sabu terhadap PAS masih mendalam walaupun tidak menjadi calon, mungkin PAN telah mengatur strategi lain, sebab tu mereka memilih calon lain. Tetapi, berkesan ka untuk parti yang masih baru  seperti mereka….?

Penduduk tempatan juga perlu melihat parti yang kuat bagi membolehkan pemimpin berkenaan menunaikan tangungjawab selepas ini. Kalau hanya berlandaskan calon anak tempatan, belum tentu PAN dapat mengalahkan parti gergasi lain yang bertanding.

Jadi, Si Mat Sabu ni kena sedar. Sebelum dia nak membuat dakwaan dan melabelkan PAS sebagai sebuah parti yang tak boleh menang, kaji diri dia sendiri dulu. Kot kalau dia bertanding sekali pun, belum tentu lagi ada orang nak undi dia sebagai wakil mereka!!!
Categories:

3 ulasan:

  1. Ajaran Mengagungkan Roket oleh AyahPAN kerajaan Khadam

    BalasPadam
  2. Takut hilang deposit, raya dah dekat

    BalasPadam
  3. mat sabu brtanding di negeri dia sendiri pun kalah...itu masa dlm pas. patut la dia kata pas tak blh menang....dia la tu.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping