Pengasas Solidariti Anak Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard mengemukakan bukti bahawa 'Ratu Naga' ada menghubungi kumpulan Azharuddin Othman selepas Akuan Bersumpah (SD) dilaporkan media.
Chegubard menyertakan bukti 'printscreen' perbualan 'Ratu Naga' atau nama sebenarnya Syarul Ema Rena Abu Samah menerusi perbualan aplikasi Telegram dengan seorang pemuda bernama 'Zaxx'.
Menerusi perbualan yang bertarikh pada 26 Mei yang lalu, ‘Ratu Naga2′ bertanya kepada seorang individu bernama ‘Zaxx’ berhubung siapakah ‘Azahar’, dipercayai Azharuddin Othman.
Dalam perbualan bertarikh 27 Mei pula, individu bernama ‘Zaxx’ itu menjawab kepada ‘Ratu Naga’ dengan berkata Azharuddin adalah ‘budaknya’, selain memohon maaf kerana gagal mengawal kemarahan Azharuddin akibat tidak menerima bayaran mengikut jumlah yang dijanjikan.
"Jelas Ema menipu kerana selepas akuan bersumpah itu didedahkan, Ema panik dan terus berhubung dengan kumpulan Azharuddin dan dibawah ini disertakan 'print screen' dia bertanya berkenaan Azharuddin.
"Soalnya bukan dia kenal atau tidak Azharudin tetapi benar atau tidak kejadian 'pembelian' senarai nama (pengkalan data) itu berlaku," jelas Chegubard yang turut memuatkan gambar perbualan Ema dengan Azharuddin," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, Chegubard mendesak agar pihak berkuasa menjalankan siasatan dan meneliti kesemua tandatangan yang diturunkan oleh 1.27 juta rakyat.
Ini kerana menurut dakwaan pengaturcaraan komputer bebas, Azharuddin hanya 300,000 tandatangan asli yang diperoleh manakala 900,000 tantadatangan lain adalah palsu.
"Pihak PDRM melalui kepakaran 'forensik' mereka perlu segera menyiasat. Panggil Azharuddin dan dapatkan senarai nama yang dibekalkan kepada Seketeriat Deklarasi Mahathir kemudian dapatkan senarai sokongan dari Seketeriat Deklarasi Mahathir.
"Bezakan keduanya, jika terdapat pertindihan hubungi penama tersebut dan dapatkan adakah mereka sedar nama mereka dalam senarai sokongan Deklarasi tersebut? Bukanlah isu untuk merahsiakan senarai nama sokongan kerana memorandum kepada Istana akan jadi dokumen awam juga akhirnya maka tiada keperluan tidak mendedahkan senarai nama sokongan," katanya.
Sebelum ini kumpulan Gerakan Selamatkan Malaysia diketuai bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata berjaya memperolehi sejumlah 1.27 juta tandatangan bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.