Isnin, Jun 20, 2016

Heh! Memang agak menarik juga mendengar perbualan sahabat dimeja kopi malam semalam selepas solat Terawikh membicarakan mengenai kenyataan yang telah dibuat oleh Si Din Pudu ni.

Dalam erti kata mudahnya, sahabat ini membuat kesimpulan bahawa Si Din Pudu tu seorang pemimpin yang tidak mempunyai pendirian serta berperwatakan seperti Biawak Sesumpah.
"Heran aku menengok perangai dia. Masa kempen di Kuala Kangsar hari tu, bukan main lagi dia menyumpah seranah calon kita semasa menyampaikan ceramah atas pentas DAP.
"Sekarang bila dah kalah, pandai pulak dia nak keluarkan ayat memuju suruh kita berbaik semula dengan dia yang dak melemparkan tuduhan terhadap kita? Tak malu sungguh.
"Perangai serupa macam Biawak Sesumpah. Takde pendirian dan takde kemaluan langsung Si Salahudin ni. Buat malukan nama Salahudin je," kata sahabat itu dengan rasa geram.
Ada juga rakan menyampuk dengan menyatakan bahawa Si Din Pudu tu tengah terdesak mencari sokongan. Sebelum ini, dia bertanding dalam Pilihan Raya pun kalah. Takde orang nak.

Apa yang dirujuk oleh rakan itu ialah mengenai kenyataan media yang dibuat oleh Timbalan Presiden parti PAN berkaitan dengan kedudukan PAS. Kononnya, dia nak pujuk PAS sertai kembali Pakatan.

Kata Si Din Pudu, pihak parti KUALI pimpinan SI Mat Sabu tu sentiasa terbuka kepada mana - mana pihak yang mahu bekerjasama dengan mereka bagi menghadapi Barisan Nasional.
"Masih ada masa untuk perbaiki. Kita akan buat kajian semula mengenai keputusan ini. Kita selalu terbuka untuk buat perbincangan dengan PAS dan dari dulu lagi kita sememangnya sudah ke arah itu,” katanya.
Tapi yang IRONIKnya, Si Din Pudu tu dalam masa yang sama dok sibuk memburukkan PAS sewaktu menyampaikan ceramah diatas pentas semasa kempen Pilihan Raya Kecil baru - baru ini.


Jadi, sanggup tak Si Din Pudu tu nak 'JILAT' balik semua tuduhan dan dakwaan yang telah dilemparkan terhadap PAS selama hari ini demi untuk memujuk parti itu kembali ke pangkuan Pakatan? Kalau setakat cakap je, baik tak payah. Buang masa je!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Sedap pulak dengar ayat "Kita selalu terbuka untuk buat perbincangan dengan PAS dan dari dulu lagi kita sememangnya ke arah itu"
    Sepatutnya PAN yang kena hormati PAS bukan sebaliknya begitu juga katanya semenjak dari dulu....Dari BILA????
    PAN baru di tubuhkan beberapa bulan jagung tetapi berlagak nak jadi abang besar...pigearhhhh!!!!.

    BalasPadam
  2. PAS jgn join PANDAPKR..itu semua parti org munafik..PAS can stand alone without those LEMBU.
    ..

    BalasPadam
  3. masa lari kluar pas dulu ada bincang dulu ke dgn pas.....dah rasa tak mampu nak dpt undi nak berunding plk dah. dulu cakap besar sngt.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping