Ahad, Jun 05, 2016

Heh! Nampak gayanya, awal - awal lagi Si Tokong DAPigs yang KANTOI beli rumah banglow mewah "Terlajak Murah" ni angkat bendera putih dan mengakui kehebatan PAS berbanding PAN.

Kalau diikutkan kenyataan yang dibuat oleh Si Guan Eng ni, memang kita nampak sangat seolah - olah dia nak memperlekehkan kemampuan parti KUALI yang dipimpin oleh Si Mat Sabu tu.

Dalam kenyataan itu, Guan Eng mengakui Barisan Nasional mempunyai peluang yang cukup cerah untuk kekal di Parlimen Kuala Kangsar biarpun berlaku pertembungan 4 penjuru.

Si Guan Eng tu kata, perkara itu memang dapat dilihat dengan cukup jelas apabila dia mendakwa, PAS mahu bertanding untuk menentang calon yang mewakili Pakatan Haprak tu sahaja.
“Tentu di sini kita lihat ada kelebihan pada BN. Lebih-lebih lagi bila sekarang PAS tak lawan BN lagi, PAS nak lawan pembangkang saja, jadi tentu ini beri kelebihan kepada BN,” ulas Setiausaha Agung DAP selepas melihat sendiri perkembangan proses penamaan calon pagi Ahad.
Nah! Jika dilihat dari satu sudut, kenyataan yang dibuat oleh Si Guan Eng tu seolah - olah memberi gambaran bahawa dia tidak yakin dengan kemampuan parti KUALI Si Mat Sabu tu.

Sebaliknya, Si Guan Eng tu memberikan signal yang cukup jelas bahawa parti KUALI pimpinan Si Mat Sabu tu bukan tandingan PAS kerana tidak mampu untuk mengatasi parti itu.

Kalau Si Guan Eng tu yakin dengan parti pimpinan Si Mat Sabu, letak la sapa pun sebagai calon. Sudah pasti parti KUALI pimpinan Si Mat Sabu tu akan menjadi pilihan utama rakyat.

Malangnya, kenyataan Si Guan Eng tu seolah - olah seperti mengiktiraf PAS sebagai sebuah parti yang masih relevan dan menyatakan bahawa parti KUALI Si Mat Sabu tu takde kemampuan nak lawan dengan PAS.

Kot ye pun Si Guan Eng tu nak memperlekehkan parti KUALI pimpinan Si Mat Sabu tu, jangan la sampai tahap dia nak bogelkan parti tu secara terang - terangan. Mana Si Mat Sabu tu nak letak muka dia nanti!!!
Categories: , ,

3 ulasan:

  1. pas merah diketuai sabu akan musnah. In Sya Allah

    BalasPadam
  2. HARAKAH TAK LAKU...LAGI NAK SEMBANG....PAS-IK (PASIK)......

    BalasPadam
  3. Pakatan (Tiada) Harapan takkan ke mana-mana tuan2...Kesedaran orang2 melayu sudah tinggi. Politik benci membenci/prasangka sesama melayu sehingga tertubuh PAN ditanam DAP mesti dilenyapkan

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping