Isnin, Jun 06, 2016

Heh! Nampak gayanya, Si Menteri Besar Selangor ni memang benar - benar Tak Layak untuk menjadi seorang pemimpin. Apatah lagi nak bergelar seorang Menteri Besar di Selangor.

Maka agaimana mungkin dia boleh bermimpin dan memasang angan - angan untuk menjadi seorang Perdana Menteri dengan sokongan kosong dari kumpulan yang pro Deklarasi?

Sedangkan dia nak buat keputusan, memilih diantara PAS dan juga parti KUALI pimpinan Si Mat Sabu tu pun dia tak mampu nak lakukan. Bagaimana dia nak jadi pemimpin kalau itu pun dia tak boleh buat?

Jika kita lihat gelagat yang dipamerkan oleh Si Azmin tu siang tadi, ianya bukan sahaja meluatkan kita. Tetapi turut membuktikan bahawa dia seorang pemimpin Politik yang MUNAFIK.

Depan dia baik dengan PAN, berpeluk dan mendakapi mereka bagaikan saudara terdekat. Tapi dibelakang, dia baik pulak dengan PAS yang merupakan musuh ketat kepada puak PAN dan DAPigs.

Kalau itu kita tak boleh sifatkan sebagai satu tindakan MUNAFIK, apa lagi label yang boleh kita berikan kepada Si Menteri Besar Selangor tu? Tidakkah tindakan dia itu membuktikan yang dia suka bermuka - muka?

Seperti mana yang dicatatkan oleh sahabat blogger TaipingMali dalam artikelnya hari ini, Si Menteri Besar Selangor tu kini digambarkan sedang berada dalam dilema untuk membuat pilihan.
"Azmin dipersimpangan delima, ingin ke sana salah ke sini juga salah, maka satu jawapan perlu diberikan juga, akhirnya dia tetap turun membantu Pan.

"Tetapi strategi azmin ini mudah nak faham, berbaik dengan Pan, tapi dalam diam membantu juga Pas. Dia pasti tidak mahu spikulasi berkenaan pentadbirannya yang korup dan rasuah terpalit.

"Pasti juga kaitan itu tidak mahu dikaitkan dengan Pas. Sedangkan Pas yang menjadi penyelamat untuk jawatan MB yang disandang Azmin sekarang. Azmin pening kerana serangan Rafizi terhadapnya juga memungkinkan jawatan MB yang disandangnya dalam bahaya," tulis blogger tersebut.
Tapi, sedar atau tidak, dilema yang sedang dihadapi oleh Si Azmin tu kini bukan untuk menjaga kebajikan rakyat. Sebaliknya untuk mengekalkan kuasa dia di Negeri Selangor itu sahaja.

Tambah menarik lagi, sahabat blogger TaipingMali juga turut menyatakan bahawa puak Pakatan pembangkang itu kini sudah tidak relevan bagi rakyat kerana asyik bertelagah sesama sendiri.
"PRK Sg Besar juga membuktikan, Pakatan Harapan dan Pas tidak mampu bersatu hati. Malah mereka bertelagah sehingga ada yang mengejek sama sendiri pada penamaan calon pagi tadi. Katanya Taressa kok kena 'boo' dengan penyokong Pas ketika berjalan di laluan penyokong Pas, sehingga unit Amal Pas membantu memberi laluan keluar kepadanya," jelas blogger itu lagi.
Nah! Tidakkah itu membuktikan bahawa puak Pakatan Haprak ni lebih cenderung untuk memburukkan sesama sendiri dan mengamalkan Politik Retorik demi menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka semata - mata? Itu maknanya diorang ni Tak Layak dipilih menjadi wakil rakyat!!!
Categories: ,

4 ulasan:

  1. Azmin terpaksa bermuka-muka untuk kekal sebagai MB.

    BalasPadam
  2. Pakatan ni lebih kepada untuk diri sendiri bukan untuk rakyat.

    BalasPadam
  3. Ya Allah di bulan yg mulia ini..selamatkan Malaysia tanahair ku ini dari makluk2 munafik ini...lenyapkanlah parti2 kaum2 munafik yg bermuka2 dgn org2 kafir..Amin

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping