Jumaat, Jun 03, 2016

Ibarat macam "Budak Kecik Pakai Lampin Yang Baru Nak Belajar Berjalan". Hanya itu sahaja perumpanaan yang selayaknya diberikan kepada Si Menteri Besar Selangor ni.

Tapi dek kerana terlalu Egoistik dan Angkuh membuatkan Si Menteri Besar Selangor ni sering kali berjalan "Menongkat Langit" sehingga dia menjadi seorang pemimpin yang tak sedar diri.

Si Menteri Besar Selangor tu memang sepatutnya diajar mengenai cara untuk menjadi seorang pemerintah yang telus, jujur, amanah dan bertanggungjawab dalam segala hal berkaitan Negerinya.

Melahirkan rasa bimbang dan khuatir dengan tindak tanduk Azmin sejak kebelakangan ini, Si Khalid Ibrahim mendakwa Rejim Pakatan Selangor itu seringkali dilanda masalah berhubung perkembangan pentadbiran.

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak yang juga pernah menerajui Selangor selama enam tahun itu juga berkata, semenjak dia meninggalkan tanggungjawab tersebut, rakyat Selangor dilihat kian terumbang - ambing.

Sudahlah kepentingan mereka diabaikan dan tidak diberi perhatian yang cukup. Malah rakyat di Negeri itu juga turut dihimpit dengan pelbagai konflik politik yang berterusan dari hari ke hari.

Bukan itu sahaja, pucuk kepimpinan Negeri tersebut juga dihimpit dengan pelbagai salah guna kuasa dan salah laku, disamping dakwaan terlibat dalam jenayah rasuah yang amat memalukan.

Sebab itu la Khalid mencadangkan supaya pengganti Azmin tu nanti menjalankan kerjanya dengan jujur dan telus. Setiap tindakan yang diambil haruslah mengutamakan kepentingan rakyat, bukannya diri sendiri.
"Buatlah keputusan yang melindungi kepentingan dan kebajikan rakyat. Semua mata sedang melihat kerjasama beliau dalam siasatan berhubung dakwaan yang telah dilaporkan kepada pihak berkuasa," kata Khalid dalam catatan di akaun Facebook miliknya.
Bekas pemimpin PKR itu merujuk kepada laporan yang dibuat oleh Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berhubung dakwaan habuan wang dan perempuan ketika urusniaga dengan kerajaan negeri Selangor.

Akan tetapi bagi menyelamatkan dirinya, Azmin menolak segala pertuduhan tersebut dengan alasan ia adalah sebahagian daripada cubaan untuk memburuk - burukkan Rejim Pakatan yang ditadbirnya. Balik - balik, itu je la alasan yang mampu dia berikan!!! 
Categories: ,

2 ulasan:

  1. nak jdi mcm umno jgk ke pkr ni

    BalasPadam
  2. Parti keluarga rosak tak kan sampai bila2 akan jadi mcm umno wei...macai dapigs dri pkr jgn la perasan...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping