Ahad, Jun 12, 2016

Herankan? Dalam pada diorang sibuk mendesak agar PAS menghentikan serangan terhadap parti pembangkang dan menumpu perhatian menyerang Barisan Nasional, lain pulak yang diorang buat.

Secara tidak lansung, tindakan itu membuktikan bahawa parti KUALI pimpinan Si Mat Sabu tu hanya sekadar memainkan amalan Politik Retorik dengan membuat desakan sedemikian.

Kalau dalam bahasa mudahnya, PAN ni jenis parti yang 'Cakap Tak Serupa Bikin'. Desak orang suruh hentikan serangan, tapi dalam masa yang sama, diorang semakin rancak menyerang PAS.

Jika dilihat dari satu sudut, apa yang dilakukan oleh PAN ni tak ubah macam Yahudi Israel. Mintak orang buat genjatan senjata, tapi dalam masa yang sama, diorang tembak mati rakyat Palestine.

Sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada ketika ini, PAS terus menjadi ‘punching bag’ atau sasaran parti KUALI Si Mat Sabu tu.pemimpin parti itu secara berterusan mendakwa PAS tidak boleh menang dalam pilihan raya.

Dalam satu ceramah di Sungai Besar malam semalam, Si Khalid Samad mendakwa PAS bercakap untuk mengalahkan Barisan Nasional (BN) hanya dengan semangat, tetapi tanpa ilmu.

Katanya, atas sebab itulah dia serta pimpinan yang lain keluar daripada PAS dan menubuhkan PAN kerana merasakan PAS tidak mampu untuk menang secara berseorangan.
“Lalu kita tubuh Amanah, berpakat dengan DAP dan PKR dan tubuhkan Pakatan Harapan,” katanya kepada kurang 100 orang yang hadir.
Bahkan dia juga turut mengakui bahawa partinya sejak dari awal lagi memang sudah memasang hasrat untuk bertanding di kerusi Parlimen Sungai Besar selepas kekosongannya.

Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata Pakatan kemudian mengadakan rundingan dengan PAS untuk menentukan calon di situ bagi memastikan pertandingan satu lawan satu menentang calon BN.

Dari satu sudut, kenyataan Si Khalid Samad tu seolah - olah menidakkan kebijaksanaan Politik PAS yang selama ini telah memberi kemenangan kepada dirinya sendiri untuk bergelar Ahli Parlimen.

Mungkin Si Khalid Samad tu ingat, selama hari ini jawatan yang dia perolehi adalah hasil usaha dirinya sendiri dan bukan dengan bantuan serta susunan gerak kerja dari jentera PAS.

Apa yang jelas, tindakan bekas pemimpin PAS yang keluar dari parti dan menyertai parti KUALI Si Mat Sabu ni hanya dari kalangan mereka yang 'Tak Mengenang Budi'. Walhal, PAS yang naikkan nama mereka. Jadi, tak mustahil jika perkara sama dilakukan terhadap rakyat!!!
Categories:

1 ulasan:

  1. memang pan cakap tak serupa bikin...kata nak lawan bn tpi pas yg bnyk diserang...kan nampak auta dn bodohnya.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping