Wow! Nampak gayanya, Si Apek Kit Siang tu sekarang ni dah berubah menjadi seorang Ahli Nujum yang pandai membuat ramalan berdasarkan kepada tilikan Kepala Lutut dia sendiri.
Terbaru, Si Apek Kit Siang tu hanya menjangka PAS bukan sahaja tidak akan menang, malah parti itu akan hilang sehingga 10,000 undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.
Punahsihat DAPigs itu membuat dakwaan, PAS paling tinggi pun hanya boleh mendapat lebih 18,000 undi jika mereka bersama dengan Pakatan sebelum ini, tetapi tidak secara bersendirian.
"Dalam PRK kali ini PAS akan hilang lebih kurang 9,000 hingga 10,000 undi.Satu undi untuk PAS adalah sia-sia oleh kerana ia akan bagi BN menang," katanya kepada pemberita semasa majlis pelancaran ketupat bachang halal Sungai Besar di sini, Selasa.
Hadir sama Presiden parti KUALI Mat Sabu, ADUN Sekinchan Ng Suee Lim dan calon yang mewakili Pakatan Haprak tu semalam. Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, Azhar mempunyai peluang untuk menang jika tiga syarat dipatuhi.
Bagi syarat pertama, Kit Siang berkata, peratusan keluar mengundi terutama pengundi bukan Melayu perlulah tinggi dan mereka perlu memberi sokongan sepenuhnya kepada Azhar.
Untuk syarat kedua, beliau menggesa ahli dan pengundi PAS supaya melihat kepada rekod MCA pada Pilihan Raya Umum-13 di mana hanya 30 peratus daripada satu juta ahli keluar mengundi.
"Perkara serupa boleh dilakukan ahli Umno, sungguh pun mereka ahli Umno, untuk pilihan raya ini mereka sokong calon Amanah. Kita mahu keadaan politik yang sihat dan baik. Kalau tiga syarat ini boleh berlaku pada 18 Jun, Azhar boleh menjadi ahli Parlimen," katanya.
Tapi Si Apek Kit Siang tu terlupa satu lagi syarat iaitu calon yang mewakili Pakatan Haprak tu perlu dengar cakap puak DAPigs dan 'Kowtow' kepada segala kemahuan mereka. Jangan jadi macam PAS, suka lawan Tokeh. Hanya dengan cara itu je dia boleh menang!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.