Heh! Ingatkan kita je yang tak perasan dengan ketiadaan Si Menteri Besar Selangor tu sepertimana yang telah dilaporkan semalam. Rupanya, Ketua Pemuda Barisan Nasional pun terasa juga.
Jika sebelum ini, khabar angin mengatakan yang Si Menteri Besar Selangor tu 'Merajuk' menjadi perhatian pelbagai pihak apabila dia GAGAL dalam usahanya memujuk PAS agar tidak bertanding.
Bahkan ke-GAGAL-an Si Menteri Besar itu ditambah pula dengan arahan terbuka yang dikeluarkan oleh Wan Azizah supaya dia tidak mencampuri urusan Pilihan Raya Kecil di Sungai Besar.
Maka sudah pasti ketiadaan Si Menteri Besar itu turut menimbulkan rasa hairan pelbagai pihak termasuk dari Ketua Pemuda UMNO ini sendiri yang melihat keadaan itu sebagai 'Janggal'.
Khairy Jamaluddin berkata ketidak-hadiran Azmin itu juga memberikan gambaran seolah-olah Menteri Besar itu tidak mahu memberikan komitmen terhadap pengundi di Sungai Besar.
"Saya tidak tahu kenapa, tapi dia (Azmin) tidak ada oleh kerana masalah yang berlaku dalam Pakatan Harapan hari ini di mana calon yang bertanding (bagi Pakatan Harapan) di sini tidak direstui oleh beliau.
"Jadi jangan ingat kalau kita bagi sokongan kepada PAN (Amanah) kerajaan negeri akan bantu kita (pengundi Sungai Besar)," katanya semasa berucap pada majlis penyampaian peralatan sukan kepada persatuan belia pelbagai kaum di Sekinchan, di sini hari ini.
PKR sebelum ini 'tersepit' dengan perbalahan diantara PAS dan Pakatan yang kini dianggotai oleh dengan DAPigs dan PAN, termasuk dalam soal pemilihan calon bagi PRK Sungai Besar.
Azmin juga dikatakan mengelak daripada media selepas timbulnya isu dakwaan rasuah dalam kerajaan Selangor susulan pendedahan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli baru-baru ini.
Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR hanya hadir di Sungai Besar pada hari penamaan calon, 5 Jun lalu, namun selepas itu tidak kelihatan sepanjang tempoh berkempen sehingga ke hari ini.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu juga berkata, komitmen rendah yang ditunjukkan Menteri Besar itu berbeza dengan pemimpin-pemimpin BN yang telah mengadakan pelbagai program di Sungai Besar.
Katanya, ia sekaligus menunjukkan komitmen serius dari Kerajaan Persekutuan terhadap pengundi di Sungai Besar yang akan berterusan sehingga selepas hari pengundian pada 18 Jun nanti.
"Saya rasa selepas media melaporkan ucapan saya hari ini (berkenaan ketiadaan Azmin di Sungai Besar), esok mungkin dia akan hadir, tapi dia datang bukan sebab rakyat Sungai Besar, tapi sebab saya cakap dia tidak hadir," kata Khairy sambil disambut sorakan orang ramai di majlis itu.
Dalam erti kata lainnya, kalau Si Azmin tu tunjuk muka lepas ni, bukan sebab dia 'Nak Turun'. Tapi sebab 'terpaksa' akibat dipertikaikan oleh pelbagai pihak. Kiranya, kehadiran dia sebelum ini hanya sekadar 'Wayang' semata - mata. Bukannya dia ikhlas pun!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.