Nampak gayanya, perbalahan besar kini sedang melanda PKR dan menjadikan parti itu berpecah kepada kumpulan apabila masing - masing lantang menyuarakan hujah menerusi aplikasi WhatsApp.
Dilaporkan perbalahan itu berlaku diantara mereka yang Pro kepada Timbalan Presiden PKR manakala kumpulan lain terdiri daripada kalangan penyokong tegar kepada Rafizi Ramli.
Sementara itu, terdapat juga beberapa individu lain yang masih menjadi penyokong tegar kepada Presiden parti yang juga merupakan proksi utama mewakili keluarga Si Ketua Penipu tu.
Sumber dalaman PKR memberitahu "perbalahan" itu adalah berkisar mengenai dakwaan Rafizi berhubung isu berkaitan "Rasuah Betina" ketika berurusan dengan Rejim Pakatan Selangor.
Kumpulan Pro-Azmin menuduh Rafizi sengaja mencari publisiti dengan dakwaan berkenaan kerana bimbang kedudukannya dalam parti 'Goyah; susulan pengaruh Azmin semakin kuat.
Bagaimanapun penyokong Rafizi pula berkata Ahli Parlimen Pandan itu hanya mahu membetulkan salah laku dalam parti dan mempersoalkan mengapa "beberapa orang tidak berpuas hati".
Mengenai laporan Rafizi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung perkara itu, sumber itu berkata setiausaha agung parti lazimnya membuat laporan kepada pihak berkuasa.
Walau bagaimanapun, Ahli Parlimen Kapar, G. Manivannan yang telah menemani Rafizi ke SPRM berkata setiausaha agung itu menyerahkan sampul surat dengan bukti kepada agensi itu.
"Ia adalah satu sampul surat putih yang ditutup dan orang-orang yang pergi bersamanya ke SPRM juga tidak tahu apa yang terkandung di dalamnya," kata Manivannan.
Dalam erti kata lainnya, mereka yang Pro-Azmin mendakwa Si Rafizi tu hanya sekadar bermain 'Wayang' dengan membuat laporan tersebut. Belum pasti sama ada ianya betul atau tidak.
Turut dilaporkan melalui media, pihak berkuasa hari ini telah memanggil dua orang Pegawai Khas kepada Azmin untuk membantu siasatan berhubung dakwaan yang dibuat oleh Rafizi.
Pokok pangkalnya, integriti PKR yang selama hari ini suka mendabik dada mendakwa diri mereka 'MAKSUM' dan 'BERSIH' dari parti lain kian tercalar. Maknanya, diorang ni takde la baik sangat. Cuma tinggal lagi, diorang ni POYO je lebih!!!
mngkin lps ni pan dan dap je yg tinggal dlm ph....pan dan dap brpisah tiada.
BalasPadam