Jumaat, Jun 03, 2016

Heh! Memang dasar tak mengenang budi sungguh Bekas Ketua Pemuda PAS ni. Masih lagi dia ada hati nak memburuk - burukkan parti yang telah menaikkan nama dia selama hari ini.

Tak cukup setakat dia jadi Pengkhianat kepada parti dan bertindak keluar dari PAS kerana tidak bersetuju dengan keputusan pucuk pimpinan parti. Kali ini dia cuba nak hasut orang pulak.

Kata Si Suhaizan Kaiat, rakyat perlu menyalahkan PAS sebagai punca berlakunya pertembungan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Kecil bagi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
“Pakatan Harapan dah berusaha keras untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
“Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah berusaha untuk berunding dengan PAS. Tapi malangnya PAS tidak setuju dengan perundingan sesama pembangkang,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Justeru, menurut kata Suhaizan, PAN berharap penyokong pembangkang memahami kerumitan tersebut dan memberi sokongan hanya kepada calonnya dalam dua PRK berkenaan.
“Pakatan Harapan adalah lawan sebenar BN. Tolak Penasihat BN (PAS) dan Sokong PH,” katanya.
Itu kata Si Suhaizan tu bagi menyokong keputusan yang telah dibuat oleh partinya. Nampak sangat yang kenyataan dia tu hanya sekadar berat sebelah dan tidak dibuat secara menyeluruh.

Kot kalau parti KUALI pimpinan Si Mat Sabu tu tak nak berlakunya pertembungan tiga penjuru, kenapa tidak parti dia sendiri yang tidak meletakkan calon dan membiarkan PAS sahaja yang bertanding?

Tidakkah itu membuktikan bahawa tindakan yang dilakukan oleh Si Suhaizan tu sendiri telah bertindak prejudis terhadap PAS dengan niat untuk memburuk - burukkan parti itu semata - mata?

Kalau PAN tak bertanding, sudah tentu pertembungan tiga penjuru tu tidak akan berlaku. Tapi disebabkan PAN terasa diri mereka lebih 'MAKSUM' dari orang lain, tu pasal la diorang kemaruk juga nak berebut kerusi dengan PAS!!!
Categories:

2 ulasan:

  1. yang ketara sangat bersalah n bermasaalah dan perpecahan kepada group pembangkang adalah lahirnyer pati AMANAH pimpinan Mat Sabu.

    BalasPadam
  2. Misi DAP untuk melemahkan kuasa politik Melayu dengan memecahkan PAS kpd PAN dengan menjadikan kejahatan BN sebagai platform...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping