Khamis, Jun 02, 2016

Heh! Takde apa yang pelik sangat bila kita lihat Si Mak Lampir ni menjadi jurucakap kepada Si Menteri Besar Selangor tu sebab selama ini pun, dia memang penyokong kuat kartel Si Azmin.

Jadi, tak heran la bila Si Mak Lampir ni tampil dengan buat kenyataan bagi menutup kemaluan Si Azmin tu yang kini dilihat mula menyembunyikan diri dari berjumpa dengan pihak media.

Sejak kebelakangan ini, skandal demi skandal yang mengaitkan Si Menteri Besar Selangor tu telah pun didedahkan kepada masyarakat secara terbuka membuatkan dia semakin tertekan.

Kini, apabila percaturan dia bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar menemui ke-GAGAL-an, Si Menteri Besar Selangor tu dilihat mula melarikan diri dari masyarakat umum.

Maka timbul la spekulasi dikalangan rakyat yang mendakwa Si Menteri Besar Selangor yang juga merangkap Timbalan Presiden PKR tu 'Merajuk' dengan pucuk pimpinan partinya sendiri.

Khabar angin mengenai perkara itu mula tersebar luas apabila dalam satu laporan mengatakan bahawa Si Menteri Besar Selangor tu keluar arahan menutup Bilik Gerakan PKR di Sungai Besar.

Malah, Si Menteri Besar Selangor itu juga turut dikatakan telah mengeluarkan arahan untuk menarik balik peruntukan yang telah diumumkan sebelum ini bagi menghadapi PRK Parlimen tersebut.

Dek kerana GAGAL untuk menjelaskan kedudukan dan situasi serta menghalang persepsi dari kalangan rakyat itu kian tersebar luas, terpaksa la Si Mak Lampir ni 'Cover Line' untuk Azmin.

Timbalan Ketua PKR Selangor itu menafikan Menteri Besar Selangor merajuk kerana GAGAL dalam usahanya untuk melobi calon PKR dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar.

Sebaliknya Si Mak Lampir tu kata, Azmin yang juga Ketua PKR Selangor merangkap Timbalan Presiden PKR menyepi diri kerana beliau pergi ke London untuk majlis graduasi anaknya.

Ditanya hasrat Azmin yang nak berkampung di Sungai Besar hingga tamat Pilihan Raya Kecil itu sepertimana yang dijanjikan pada 12 Mei, Si Mak Lampir tu kata ia bertujuan untuk “persiapan awal”.
“Kita (PKR) turun buat persiapan awal dengan anggapan baik nak bincang dengan PAS, Atas dasar PKR parti terbaik (untuk lawan BN). Kalau sekarang PAS dah umum calon, peranan PKR kita belum putuskan secara rasmi.
“Setakat ini tak ada arahan rasmi untuk mobilisasi jentera. Lepas penamaan calon nanti kita tengok macam mana,” katanya yang juga Ahli Parlimen PKR Ampang.
Secara tidak lansung, kenyataan Si Mak Lampir tu seolah - olah mengesahkan bahawa arahan untuk menutup bilik gerakan yang telah dikeluarkan oleh Azmin sebelum ini adalah benar.

Dalam erti kata lainnya, kenyataan yang dibuat oleh Si Mak Lampir tu hanya setakat nak 'Cover Line' dan menutup kemaluan Si Menteri Besar Selangor tu sahaja. Kalau dia tak tolong tutup lobang Si Azmin tu, memang cari maut la Si Mak Lampir tu jawabnya!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. pan tnding sbb dap nk mcm tu kot...prti lain kena ikut la.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping