Khamis, Jun 02, 2016

Heh! Nampak gayanya, Presiden parti KUALI yang dipimpin oleh Si Mat Sabu tu dah kecut buah kerandut nak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar 18 Jun nanti.

Kalau sebelum ini bukan main lagi Si Mat Sabu ni dilaporkan menghentak meja bila Timbalan Presiden PKR mencadangkan agar Pakatan Haprak tu memberi laluan kepada PKR untuk bertanding.

Kita ingatkan Si Mat Sabu ni cukup 'Telur' nak jadi calon. Tapi rupanya dia sedar diri juga. Mungkin dia sendiri boleh menjangkakan keputusan yang bakal diperolehi sekiranya dia bertanding kelak.

Maka sebab dia nak menjaga kemaluan diri dia sendiri, parti KUALI yang dipimpin oleh Si Mat Sabu tu mencalonkan Ketua parti KUALI Si Mat Sabu tu di Sungai Besar sebagai wakil mereka.

Azhar, 50,  yang lebih dikenali sebagai Ustaz Azhar adalah seorang anak tempatan Sungai Besar, merupakan bekas guru mendahului dua orang calon lain yang telah dikemukakan parti itu sebelum ini.

Mempunyai tiga orang anak serta memiliki ijazah Sarjana Muda Kuliah Hadis dan Pengajian Islam dari Jamiah Abi Bakr Islamiyah, Karachi Pakistan pada 1993. 

Sebagai seorang bekas guru, Azhar dikatakan mempunyai pengaruh yang cukup kuat dalam hubungan dengan masyarakat setempat dan juga seorang yang berjaya di dalam bidang perniagaan.

Dengan pengumuman itu, maka terbukti bahawa percaturan yang direncanakan oleh Si Timbalan Presiden PKR sebelum ini terus melingkup. Hasrat dia nak letak calon PKR berkubur begitu sahaja. Harapan dia nak jadi Perdana Menteri pun berkecai!!!
Categories:

3 ulasan:

  1. KALAU MAT SABU DAH INGATKAN AHLI PARTI JANGAN TUBUH PARTI ISLAM LAIN SUDAH PASTI DIA SENDIRI PUN TIDAK AKAN TUBUH.



    Pada 16 September 2014 lalu Mantan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengingatkan anggota PAS khususnya perwakilan Pemuda PAS supaya tidak melabel antara satu sama lain ekoran perbezaan pandangan dan pendapat dalam parti.

    Malah, beliau turut menasihatkan anggota PAS supaya tidak menubuhkan parti politik atas nama Islam, akibat perbezaan pandangan sebaliknya digalakkan menubuhkan NGO yang bersama Pakatan.

    "Macam mana sekalipun jangan tubuh parti politik lain atas nama Islam. (Tubuh) NGO tak apa, NGO tubuhlah banyak bersama Pakatan itu lebih baik.

    "Sebab kalau ada parti Islam lain, kita dapat lihat seperti di Indonesia ada (banyak) parti Islam... Tapi hantar calon presiden pun tak upaya.

    "Bukan kita tolak mereka, tidak. Semua yang ada jadi pengajaran kepada kita. Kita berhujah, beri pendapat dalam parti. Pimpinan boleh datang pergi.

    "Abang Mat ada di sini, belum tentu tahun depan. Usiaku semakin lanjut. Tetapi parti Islam ini perlu dipelihara terus," katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Muktamar Pemuda PAS di Kota Tinggi Johor.

    Ucapan beliau itu dinyatakan selepas ura-ura penubuhan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) oleh ahli PAS disebut-sebut bakal menjadi parti politik dan desas-desus itu telahpun dinafikan oleh kepimpinan NGO itu

    GUA punya komen kat bawah


    Tapi Mungkin Mat Sabu betul, sebab dia buat parti khadam DAP bukannya parti islam. Dan DAP pula anti Islam

    BalasPadam
  2. Mat Sabu memang seorang komunis...

    BalasPadam
  3. cakap tak serupa bikin la...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping